Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF), pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah telah pun dibuka bermula hari ini, 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023.
Penebusan kredit RM200 eBeliaRahmah boleh dibuat dengan salah satu platform e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet, Setel atau Boost.
{suggest}
Klik di SINI untuk mengetahui selanjutnya mengenai inisiatif eBeliaRahmah. Sementara itu, untuk mengetahui cara menebus kredit eBeliaRahmah melalui TNG eWallet, teruskan bacaan di bawah.
Cara mohon eBeliaRahmah di TNG eWallet
eBeliaRahmah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 20 tahun pada 2023 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 tanpa had umur. Setelah memenuhi syarat yang ditetapkan, ikut langkah di bawah:
1. Muat turun aplikasi TNG eWallet melalui Google Play, App Store atau Huawei AppGallery.
2. Buka aplikasi TNG eWallet dan klik banner “eBeliaRahmah”> tandakan setuju > Claim Now. Jika belum mengesahkan akaun, sahkan terlebih dahulu dengan mengimbas kad pengenalan serta ambil gambar swafoto.
3. Seterusnya, sahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan, tanda setuju dan klik “Continue”.
4. Isi maklumat permohonan seperti alamat, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Setelah itu, tekan “Submit”.
Selesai. Permohonan telah berjaya dihantar dan akan diproses dalam tempoh 3 hari. Pemohon akan menerima notifikasi setelah permohonan diluluskan atau sebaliknya.
Perlu juga diketahui, kredit RM200 eBeliaRahmah hanya boleh digunakan untuk transaksi secara offline/fizikal sahaja, serta perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2023.