Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Minggu Depan, Musytari Akan Berada Pada Jarak Paling Hampir Dengan Bumi Dalam Tempoh 59 Tahun – NASA

Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej ‘The Great Red Spot’ Planet Musytari Dan Bulannya

Diterbitkan Oktober 22, 2022 · Dikemas kini Oktober 22, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan pada 3 Oktober 2022 lalu, jam 9:34 malam, Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam imej Planet Musytari dengan tompok merah popularnya yang dikenali sebagai ‘The Great Red Spot’.

Turut berjaya dirakam adalah salah satu daripada 80 bulannya iaitu Europa.

‘The Great Red Spot’ merupakan ribut raksasa yang bersaiz 1.3 kali ganda lebih besar daripada Bumi.

planet musytari

MYSA menerangkan, Musytari merupakan planet kelima dari Matahari yang juga merupakan planet terbesar dalam Sistem Suria dengan diameternya 142,984 km, iaitu lebih kurang 11.2 kali ganda diameter Bumi.

Jarak purata Musytari dari Matahari adalah sekitar 778 juta kilometer atau 5.2 Astronomical Unit (AU).

Setakat yang diketahui, Musytari mempunyai sebanyak 80 bulan dengan 57 daripadanya telah diberikan nama oleh Kesatuan Astronomi Kebangsaan (IAU).

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Sementara 23 lagi masih belum dinamakan secara rasmi. Daripada jumlah itu, 4 bulan utamanya adalah terdiri daripada Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang telah dicerap oleh ahli astronomi Galileo Galilei pada tahun 1610 dahulu yang juga lebih dikenali sebagai Galilean Satellite/Moons.

MYSA memaklumkan terdapat sebanyak 9 kapal angkasa telah melawat Musytari di mana 7 daripadanya telah terbang melaluinya (flyby mission) dengan 2 lagi telah mengorbit planet gergasi gas tersebut.

Kapal angkasa NASA yang baharu, iaitu Juno telah tiba di Musytari pada Julai 2016 dahulu dan kini sedang mengkaji planet gergasi tersebut dari orbit.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY