Pegawai Pemuliharaan Air Rutland secara tidak sengaja menjumpai fosil haiwan pemangsa laut gergasi prasejarah Ichthyosaur ketika bertugas di kawasan rizab alam semula jadi dan takungan British.
Pada awalnya, mereka pelik melihat seolah-olah paip tanah liat terkeluar dari lumpur di kawasan fosil tersebut tetapi selepas melihatnya dengan lebih dekat, beliau terus menghubungi ahli paleontologi iaitu Dean Lomax untuk melihat dengan lebih teliti.
Menurut Dean Lomax merangkap ketua misi penggalian fosil tersebut, beliau percaya bahawa ia merupakan naga laut Ichthyosaur dan ia merupakan penemuan paling lengkap yang pernah ditemui di sana.
Rangka kepalanya sahaja dianggarkan seberat 907kg bersama panjang 32 kaki.
Kemudian, pasukan Dean Lomax mula menggali dengan teliti selama dua minggu iaitu pada bulan Ogos dan bulan September 2021. Setelah fosil tersebut berjaya digali, ia terus dibalut dengan jaket plaster yang dibuat khas dengan splint untuk tujuan untuk melindungi fosil berharga tersebut. Mereka juga mengambil gambar 3D supaya bentuk awal dapat dikekalkan.
Fosil Icthyosaur ini sebenarnya sudah pernah ditemui pada tahun 1970 di tapak tersebut tetapi lebih kecil dengan rangka yang tidak lengkap sepenuhnya.
Kini, fosil tersebut telah dibawa ke Makmal Konservator Paleontologi Nigel Larkin untuk dibersihkan, dipelihara dan disediakan untuk pameran dalam tempoh 18 hingga 24 bulan yang akan datang.
Icythyosaur merupakan reptilia laut prasejarah gergasi yang berada di tangga pertama haiwan pemangsa di laut dan ia juga digelar sebagai naga laut kerana mata dan giginya yang besar. Icythyosaur terlihat seperti ikan lumba-lumba atau jerung yang kita lihat pada hari ini tetapi dengan saiz yang lebih besar. Naga laut ini dikatakan telah pupus sejak 90 tahun yang lalu dan ia pertama kali ditemui dengan usia fosil hampir 250 tahun di Pantai Jurassic, selatan England.
Sumber : Washington Post , Yahoo Malaysia
Baca juga :