Masih membawakan rekaan sama seperti Mi Band 2, versi ketiga kali ini dipasang dengan skrin OLED 0.78 inci yang boleh memaparkan kandungan mesej, dan maklumat lain seperti waktu, tarikh dan juga jumlah langkah kaki anda.
Untuk mengakses menu, anda boleh sapu keatas dan kebawah manakala untuk pilihan yang lain boleh disapu kekanan atau kekiri. Butang sesentuh dibawah skrin berbentuk melengkung kebawah untuk navigasi ke paparan Home atau mengaktifkan ciri tambahan seperti mengukur kadar denyut jantung.
Ciri baru lain yang dibawa pada Mi Band 3 adalah jam randik, fungsi mengesan lokasi telefon pintar dan penggera yang mampu berfungsi walaupun telefon dimatikan.
Mi Band 3 akan menemui peminat pada minggu hadapan pada harga RM129 di semua Mi Stores, Lazada serta Shopee.
Berkaitan
- Siri OPPO Reno3 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM1699
- Khabar Angin - Pengeluaran Samsung S8 Mini Mungkin Dibatalkan Atas Alasan Masalah Pengeluaran Skrin Paparan
- Lenovo Dahului Lima Pengeluar Komputer Lain Pada Pasaran Komputer Untuk Suku Ke-3 Tahun Ini
- Vivo NEX 3 Rasmi Diumumkan Di Malaysia, Peranti Paparan "Air Terjun" Berharga RM3899
- OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Di Malaysia Dengan Ciri 60x Zoom
- Pelan Jalur Lebar Baru Dari Maxis Berharga RM89 (30Mbps) Dan RM 129 (100Mbps)
- OPPO A3s Versi RAM 3GB Dan Memori 32GB Turun Harga, Kini Bernilai RM599
- Maxis Ada Pelan Pasca Bayar Dan Broadband Baru
- Mi Smart Band 5 Versi Global Akan Ditawarkan Bermula Julai
- Xiaomi Keluarkan Redmi Note 4 Warna Biru Dan Hitam