Seorang Pengguna Xiaomi Redmi Note 4 Mengadu Perantinya Meletup Dan Terbakar

Seorang pengguna di India bernama Bhavana Suryakiran mengalami kecederaan di peha setelah peranti Xiaomi Redmi Note 4 telah meletup. Peranti tersebut yang terbakar semasa dia sedang menuju ke kedai menggunakan basikal.

Orang ramai menyelamatkan mangsa dengan memadamkan api menggunakan air. Mangsa berkata yang dia telah membeli peranti tersebut 20 hari sebelum itu di penjual atas talian, Flipkart. Dia juga bercadang untuk menyaman syarikat itu kerana menjual peranti yang rosak dan mencari ganti rugi atas kecederaan yang dialami.

Sementara itu, pihak Xiaomi telah mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menyiasat kejadian terbabit.

Xiaomi Redmi Note 4 merupakan salah satu peranti popular Xiaomi di pasaran India dan setakat ini telah terjual sebanyak 5 juta unit di India sahaja.

Sumber