4 Sebab Telefon Ini Dengan Selamba ‘Tapau’ Peranti Yang Ada Cip ISP Sendiri

Bulan ini, rakyat Malaysia sudah menyaksikan peranti pertama dengan 200MP menembusi pasaran tempatan, iaitu Xiaomi 12T Pro.

Benar, ada yang mengatakan kamera dengan resolusi tinggi tak menjaminkan apa-apa. Namun, telefon dengan kehadiran cip pemprosesan imej (ISP) sendiri pun sebenarnya belum cukup memberikan wow factor lagi.

Semua sedia maklum bahawa OPPO Reno8 Pro menawarkan ISP sendiri bagi menawarkan prestasi kamera yang baik.

Akan tetapi, 4 sebab ini yang bakal membuatkan anda mengubah fikiran untuk cenderung memilih Xiaomi 12T Pro kerana ia dengan selamba ‘tapau’ peranti OPPO itu.

{snap}

Bukan MP Je Tinggi, Saiz Sensor Kamera Pun Besar




Kita sentiasa ada persepsi yang MP tinggi tak power. Namun, Xiaomi 12T Pro bukan je datang dengan 200MP tetapi saiz sensornya juga besar - 1/1.22”.

Berbanding Reno8 Pro, ia menggunakan kamera 50MP bersaiz 1/1.56” sahaja. Dari segi kualiti gambar dan video, sememangnya peranti Xiaomi 12T Pro yang mengunggulinya.

Dengan saiz sensor besar serta resolusi yang tinggi, hasil foto diberikan memang cukup jelas. Baik gambar siang dan malam tetap cantik. Malah, apabila crop atau zum pun ia tidak ‘pecah’.

Reno8 Pro ada rakaman video 4K, Xiaomi 12T Pro ada rakaman video 8K. Tak cukup dengan itu, HDR10+ video pun ia mampu ‘kerjakan’.

Nak rancakkan lagi pengalaman guna kamera, telefon ni pun memberikan fungsi Xiaomi ProCut, Xiaomi ProFocus AI Tracking Technology dan paling best continuous shooting speed.

Jadi, setiap detik ‘bersejarah’ yang diinginkan anda dapat dirakam dan diterjemahkan dengan sempurna.

{snap}

Prestasi Pantas, Bateri Besar, Cas Laju




Nadi utama yang menggerakkan Xiaomi 12T Pro tak perlu diperdebatkan lagi. Dijana Snapdraon 8+ Gen 1, ia menawarkan segala kuasa yang diperlukan.

Cip ini berasaskan 4nm berbanding Reno8 Pro yang hanya menggunakan Dimensity 8100-Max (5nm). Ambil gambar, bermain game? Memang tak ada hal.

Skor daripada ujian penanda aras AnTuTu v9 juga telah membuktikannya dimana Snapdragon 8+ Gen 1 menerima skor 1,092,102.

Sementara Dimensity 8100-Max pula 718,351. Agak ketara bezanya.

Bateri cepat habis? Jangan risau, Xiaomi 12T Pro dibekalkan tenaga 5000mAh dan disokong pengecasan laju 120W. Dalam 19 minit je, peranti dah penuh 100%.

Lebih-lebih lagi cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini sudah dioptimumkan penggunaan tenaganya, memang sejuk, pantas dan cukup efisien.

{snap}

Skrin Memukau, Audio Lagi Terpukau




Lengkap dengan skrin seluas 6.67" LTPS OLED, ia menyokong kadar segar semula dari 30Hz hinggalah 120Hz.

Lebih asyik ia hadir dengan Dolby Vision, HDR10+, true display, adpative HDR, adaptive reading mode dan 'lulus' SGS Low Visual Fatigue. Maknanya, paparan cantik tapi tak sakit mata.

Ditambah lagi warna 12-bit, input sentuh 480Hz dan kemalapan 120Hz PWM. Segala hiburan yang dipaparkan cukup mengasyikkan.

Sebagai penutup peras hiburan anda, dwi-pembesar suara yang ditala Harman Kardon dan sokongan Dolby Atmos, tidak perlu "cucuk" TWS di telinga pun sudah terpukau dengan kemerduan audionya.

{snap}

Telefon Cemerlang Yang Tak Perlu Pecah Tabung




Bila dengar apa yang ditawarkan Xiaomi 12T Pro, mungkin ada yang rasa telefon ini 'keras' harganya bukan?

Jangan risau, tak perlu pecah tabung pun kerana ia diletakkan pada tanda harga RM2699 bagi 8/128GB dan RM2999 sahaja untuk varian 12/256GB.

Masih dan mampu dimiliki kan? Sebab harga jualannya masih tidak mencecah RM3499. Berminat? Jangan buang masa, tekan sahaja butang pembelian di bawah.

*Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi

Beli di Lazada

Beli di Shopee