Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kereta Apple Mungkin Tiada Tingkap

Posted on Mei 26, 2022Mei 26, 2022

Apple Car mungkin bakal diperkenalkan dalam beberapa tahun akan datang dek kerana ura-ura yang kedengaran. Di samping itu, ramai orang meramalkan Apple mungkin akan mengumumkan kereta Apple ini dalam tempoh 3 tahun lagi.

Dalam ciapan daripada VRScout, sebuah syarikat media yang menfokuskan isu-isu VR (realiti maya), Apple mungkin menampilkan teknologi VR pada kereta swapandu mereka.

Apple's self-driving car could feature VR technology and no windows: https://t.co/86T8nP1LOX pic.twitter.com/YCwrVrJRjc

— Scout House (@ScoutHouseLab) May 17, 2022

Oleh itu, kereta Apple ini mungkin tidak disertakan sekali tingkap kerana kehadiran teknologi VR padanya. Apa yang menangkap mata adalah imej konsep kereta Apple itu sendiri yang mempunyai rekaan seakan-akan Apple Magic Mouse.

Selain itu, gambar ini mula didedahkan dalam penulisan Let’s Go Digital pada 2020. Berita yang menyatakan kereta Apple ini tiada tingkap mungkin kerana Apple mahu memanfaatkan teknologi VR itu sendiri secara penuh.

Kereta Apple yang mungkin akan dilancarkan nanti mempunyai ciri swapandu seperti kereta Tesla. Oleh itu, pengguna boleh memanfaatkan teknologi VR itu untuk melakukan panggilan video ketika dalam perjalanan, menonton filem atau bermain permainan video.

Walau bagaimanapun, apa yang pasti adalah Apple tidak akan melancarkan kereta mereka ini dalam masa terdekat kerana cara mereka yang selalu menunggu satu-satu teknologi itu menjadi matang sebelum mengambilnya.

Sumber: Tom’s Guide

Baca juga:

  • Call of Duty Modern Warfare 2 Bakal Hadir Oktober Ini
  • OPPO Lancar Siri OPPO Reno8 – 3 Model Diperkenalkan
  • Storan SSD Apacer Ini Hadir Dengan Kelajuan Membaca Hingga 13Gbps

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress