Senarai Lebuh Raya Yang Terima Pembayaran Kad Debit Dan Kredit Setakat Ini

Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kini menerima pembayaran tol dengan kad debit/kredit mulai jam 10 pagi tadi, 28 Ogos 2023.

https://www.facebook.com/photo?fbid=761996962602504&set=a.486932240108979

Seperti kebanyakan plaza tol lain, lorong pembayaran kad kredit/debit ialah lorong sama dengan Touch 'n Go biasa.

Selain itu, NPE dan BESRAYA telah mulakan ujian rintis pembayaran kad debit/kredit mulai 26 Ogos lalu.
Pengguna boleh guna kad debit, kredit dan prabayar yang mempunyai logo MyDebit, VISA dan Mastercard untuk bayar tol selain kad TNG, RFID dan SmartTAG.

Minggu lalu, SPRINT dan LDP juga sudah menjalankan sistem pembayaran terbuka yang melibatkan kad kredit/debit.

Beberapa bulan lalu, Kementerian Kerja Raya mengumumkan sebanyak 5 lebuh raya akan menerima pembayaran dengan kad kredit/debit di plaza tol mereka mulai September 2023.

{suggest}

Berbaki beberapa hari lagi menjelang 1 September, kebanyakan daripada 12 lebuh raya kini nampaknya sudah bersedia untuk melaksanakannya sepenuhnya.

Lebuh Raya Yang Sudah Menerima Kad Debit/Kredit Setakat Ini



  1. DUKE

  2. MEX

  3. SPRINT

  4. LDP

  5. BESRAYA

  6. SMART

  7. NPE

  8. KESAS


Beberapa lebuh raya yang akan turut melaksanakannya kelak ialah BKE, AKLEH, GCE dan Jambatan Pulau Pinang.

Jika anda ada maklumat seperti foto terminal kad debit/prabayar di 4 plaza tol ini, boleh kongsikan dengan kami melalui mana-mana laman sosial.

Gambar utama: Alexander Nanta Linggi