Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perbezaan Antara Samsung Galaxy Z Flip3 Dengan Z Flip4

Semua Pengguna Telefon Pintar Galaxy Patut Segera Aktifkan Ciri Keselamatan Wi-Fi Ini

Diterbitkan Oktober 3, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda adalah pengguna telefon pintar Samsung Galaxy, anda patut mengaktifkan ciri yang dapat meningkatkan lagi keselamatan Wi-Fi anda.

Khususnya apabila anda menyambungkan telefon pintar Galaxy anda itu dengan sambungan Wi-Fi awam yang terbuka.

Ciri itu dikenali sebagai ‘Wi-Fi Selamat’ (Secure Wi-Fi).

Secure Wi-Fi ialah perkhidmatan yang membantu melindungi data anda apabila anda menggunakan rangkaian Wi-Fi awam atau rangkaian yang tidak selamat.

Anda boleh mengakses tetapan bagi mengaktifkan ciri tersebut  menerusi:-

1. Settings > Biometrics and security

biometrics anda security

2. Tap pada pilihan Secure Wi-Fi

Secure Wi-Fi

3. Baca dan fahami tentang kebenaran yang diperlukan anda untuk ciri ini diaktifkan. Kemudian tap butang Continue.

Secure Wi-Fi samsung galaxy

4. Selepas itu. tap pada butang Protect untuk aktifkan ciri tersebut.

secure wi-fi

Anda disyorkan hanya mengaktifkan ciri Secure Wi-Fi ini apabila telefon pintar Galaxy anda disambungkan dengan Wi-Fi awam sahaja.

Ini kerana had perlindungan data percuma bagi ciri ini hanya sebanyak 1024MB sahaja untuk Android 12 dan 250MB bagi telefon pintar Galaxy yang menggunakan sistem operasi Android 11.

Jika anda inginkan perlindungan data yang lebih besar melalui Secure Wi-Fi ini, anda perlu melanggan servis tersebut yang berharga dari RM4.00.

SECURE WIFI
WhatsApp Image 2022-10-03 at 11.36.27

Mengaktifkan Secure Wi-Fi akan menyulitkan data anda, jadi ia mungkin meningkatkan kapasiti penghantaran / penerimaan data sekaligus mungkin akan menyebabkan kelembapan rangkaian.

Untuk info lebih lanjut tentang ciri ini, layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY