Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 2.0 Flash

Gemini 2.0 Flash Versi Stabil Kini Boleh Diakses Pengguna

Diterbitkan Januari 31, 2025 · Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amalina Athman

Diperkenalkan pada Disember tahun lalu, Google kini melancarkan versi stabil Gemini 2.0 Flash ke dalam aplikasi Gemini.

Menurut Google, model ini memberikan respons lebih pantas dan prestasi yang lebih baik di beberapa penanda aras utama, serta menyediakan bantuan untuk tugasan harian seperti pembelajaran, penulisan dan sebagainya.

Bermula hari ini, 2.0 Flash dilancarkan secara berperingkat kepada semua pengguna web dan aplikasi Gemini. Walaupun begitu, Gemini 1.5 Flash dan 1.5 Pro akan terus tersedia untuk beberapa minggu akan datang bagi membolehkan pengguna meneruskan perbualan sedia ada.

Sebagai tambahan kepada 2.0 Flash, pengguna berbayar Gemini Advanced akan terus mendapat akses kepada kapasiti konteks 1 juta token untuk muat naik fail sehingga 1,500 halaman, akses keutamaan bagi ciri seperti Deep Research dan Gems, storan 2TB, dan banyak lagi.

📣 Gemini is now powered by 2.0 Flash, our latest model that is designed for the agentic era, delivering fast responses and stronger performance across a number of key benchmarks for everyday help with tasks like brainstorming, learning, or writing. Rolling out to all users… pic.twitter.com/9ACTY0nPC4

— Google Gemini App (@GeminiApp) January 30, 2025

Dalam pada itu, Google juga telah menaik taraf penjanaan imej dalam Gemini kepada versi terkini Imagen 3, yang menyediakan butiran dan tekstur lebih terperinci serta mempunyai keupayaan untuk mengikut arahan dengan lebih tepat.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Aplikasi Google Gemini Kini Tersedia Untuk iPhone
  • Google Gemini 2.0 Rasmi, Model AI Lebih Pintar Dan Lebih Pantas
  • Samsung Galaxy S25 Perkenal Cara Baru Mengakses Gemini

Sumber: Google The Keyword

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY