Seiring kempen kesihatan mental #RealTalk, Instagram mengumumkan ciri-ciri keselamatan dan kesejahteraan tambahan untuk menyekat interaksi yang tidak diingini dan memberikan pengguna lebih kawalan terhadap pengalaman mereka di platform tersebut.
- Akaun peribadi secara automatik untuk pengguna yang berumur bawah 16 tahun
- Untuk pengguna di bawah umur 16 yang baru mendaftar, akaun mereka akan secara automatik ditetapkan ke akaun peribadi. Instagram juga akan menyekat pengguna dewasa yang berpotensi mencurigakan daripada berinteraksi dengan para remaja pada platformnya dan mengehadkan cara pengiklan menyasarkan golongan muda.
- Menyembunyikan kiraan “like”
- Pilihan ini tersedia di Instagram dan Facebook, di mana pengguna lain tidak dapat melihat berapa banyak “like” yang diterima pada hantaran.
- Pengehadan (Restrict)
- Tetapan Pengehadan membenarkan pengguna lain meninggalkan komen namun komen itu tidak boleh dilihat oleh orang lain kecuali pemegang akaun.
- Multi-Sekat (Multi-Block)
- Pengguna boleh menyekat satu-satu akaun dan Instagram bersedia menyekat akaun baharu yang dipercayai dicipta oleh orang yang sama.
- Had (Limits)
- Pengguna boleh menyembunyikan komen dan mesej (direct message) daripada
akaun yang tidak mengikuti mereka dan/atau akaun yang baru sahaja mengikuti mereka.
- Pengguna boleh menyembunyikan komen dan mesej (direct message) daripada
- Perkataan disembunyi (Hidden words)
- Ciri ini menapis mesej kesat dengan memfokuskan kepada permintaan mesej (direct message request). Instagram akan menapis secara automatik permintaan mesej yang mengandungi perkataan, frasa dan emoji yang menjelikkan.
- Kawalan Kandungan Sensitif
- Hantaran dengan label “kandungan sensitif” tidak semestinya melanggar Garis Panduan Komuniti namun berpotensi menjengkelkan seseorang.
- Tolakan (Nudges)
- Pengguna akan didorong untuk menikmati kandungan lain berdasarkan “tolakan” oleh sistem, sekiranya mereka menghabiskan masa terlalu lama untuk satu-satu konten tertentu. Ciri baharu Instagram ini diharap dapat memandu orang ramai ke arah kandungan yang memberi inspirasi dan menaikkan semangat mereka.
Sumber: Siaran Akhbar Meta Malaysia
Baca juga: