Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mental health

Facebook Malaysia Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Mental

Diterbitkan Oktober 26, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak pandemik COVID-19 menghimpit penduduk dunia, Malaysia telah menyaksikan peningkatan kes bunuh diri dengan data Polis Diraja Malaysia mendapati 638 kes bunuh diri telah dilaporkan antara Januari dan Julai 2021 berbanding 262 kes dalam tempoh yang sama pada 2020.

Kempen #SamaSamaSupport dengan kerjasama antara Facebook Malaysia, Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Awareness Againsts Suicide (AWAS) Malaysia dan BefriendersKL akan dilancarkan dengan tujuan untuk mencetus perbualan, melazimkan perbincangan mengenai kesejahteraan mental serta menyediakan akses pada sumber berkenaan kesihatan mental.

Facebook Malaysia Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Mental

Sebuah WhatsApp Chatbot yang beroperasi 24 jam akan diwujudkan bagi memberi akses pada mereka yang memerlukan bantuan dengan memberikan maklumat serta maklumbalas kepada pertanyaan mengenai kesihatan mental.

Sepanjang kempen ini berlangsung, perkongsian daripada selebriti dan tokoh terkenal seperti Diana Danielle, Daphne Iking dan Datuk Azizulhasni Awang mengenai pengalaman mereka dalam mengatasi cabaran kesihatan mental juga akan diadakan.

Maklumat lanjut tentang penjagaan kesihatan emosi anda atau jika anda perlukan bantuan berkenaan kesejahteraan mental, boleh ke Pusat Sumber Kesihatan Emosi Facebook atau hubungi Befrienders di talian 03-76272929, MIASA di 1-800-820066 atau AWAS Malaysia di 010-2344808.

Sumber: Siaran Akhbar Facebook Malaysia

Baca juga:

  • Larutan Disinfeksi Dari Alat Penyembur Nano Mist Tidak Sesuai Digunakan Pada Manusia
  • Kajian Mendapati Gen Z Adalah Yang Paling Banyak Menghabiskan Masa Mereka Bersama Telefon Pintar
  • Facebook Bakal Tukar Nama Syarikat

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY