Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semak Harga Harian Ayam, Daging Dan Sayuran Dengan MyPrice Dashboard

Semak Harga Harian Ayam, Daging Dan Sayuran Dengan MyPrice Dashboard

Diterbitkan Disember 30, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dashboard MyPrice yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah inisiatif kerajaan membantu pihak berkaitan memantau harga harian barang keperluan terpilih.

Portal ini memaparkan trend harga harian barangan (mulai 7 Disember) bagi cawangan terpilih dari seluruh negara. Harga yang dipaparkan adalah hasil kutipan data dari jam 9 pagi hingga 11 pagi. Ia juga dikemas kini 9 pagi setiap hari untuk memaparkan harga barangan hari sebelumnya.

Harga yang dipaparkan di MyPrice Dashboard adalah berdasarkan kepada tiga sumber iaitu harga yang diperoleh daripada pemantauan KPDNHEP, data perangkak dan pungutan harga oleh anggota DOSM di outlet terpilih.

MyPrice Dashboard mempunyai empat kategori utama barangan keperluan terpilih iaitu ayam, daging dan telur; sayur-sayuran; ikan dan makanan laut serta buah-buahan.

list harga myprice dashboard kpdn

Buat masa sekarang, ia mempunyai senarai 36 barang keperluan terpilih termasuk 12 barangan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) meliputi 137 cawangan (outlet) seluruh negara.

Dengan butang “Download” di bawah, pengguna boleh langsung memuat turun halaman yang menyenaraikan harga barang dalam format imej, Crosstab, PDF atau pun PowerPoint.

Walau bagaimanapun, apa yang sedikit mengecewakan dari percubaan kami ialah pengguna tidak dapat mengakses portal ini melalui carian di Google sebaliknya perlu menyimpan pautannya jika ingin mengaksesnya secara berkala.

Anda boleh klik di SINI untuk mengaksesnya.

Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi PriceCatcher dari Play Store, App Store atau AppGallery untuk navigasi yang lebih mudah. Ia juga dibangunkan KPDNHEP dan menyenaraikan harga barang basah berdasarkan lokasi anda.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer
  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY