Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selpic P1, Pencetak Mudah Alih Bersaiz Kecil

Selpic P1, Pencetak Mudah Alih Bersaiz Kecil

Diterbitkan Jun 5, 2020 oleh Amalina Athman

Selpic, sebuah jenama yang menyediakan penyelesaian pencetakan digital kini telah menyenaraikan Selpic P1 di platform pembiayaan orang ramai (crowdfunding), Indiegogo.

Selpic P1 merupakan pencetak mudah alih yang boleh digunakan untuk mencetak logo, teks, gambar, kod bar, kod QR dan lain-lain. Pencetak ini boleh mencetak pada permukaan yang berbeza seperti logam, tekstil, kulit, kertas, dan bahan lain yang boleh dicetak.

Selpic P1

Untuk menggunakannya, hanya perlu memegang pencetak dengan tangan yang stabil sambil menggerakkannya ke seluruh permukaan. Dengan ukuran 5.12×1.22×0.94 inci, pencetak ini mempunyai berat 180 gram sahaja.

Selpic P1, Pencetak Mudah Alih Bersaiz Kecil

Selain itu, Selpic P1 mampu bertahan selama 3 jam dengan pengecasan penuh dan mampu mencetak sehingga 90 halaman bagi kertas A4. Pencetak ini turut menyokong cetakan pada resolusi 600 DPI dan menawarkan 6 warna asas yang berbeza.

Selpic P1, Pencetak Mudah Alih Bersaiz Kecil

Akan mula tersedia di platform Indiegogo, Selpic P1 ditawarkan pada harga $89 (~RM380) dengan potongan 55% bagi 500 pembelian terawal.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY