Seorang kanak-kanak berusia 14 tahun dilaporkan telah menembak mati 4 ahli keluarganya pada bulan Januari lalu.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Pakistan itu menyebabkan bapa kanak-kanak tersebut berusia 45 tahun maut ditembak. 3 lagi mangsa adalah abang kanak-kanak itu berusia 22 tahun dan 2 lagi kakaknya masing-masing berusia 17 dan 11 tahun.
Polis Pakistan yang insiden itu percaya bahawa kanak-kanak itu terpengaruh dengan permainan atas talian popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).
Insiden itu dilaporkan berlaku selepas bapa kanak-kanak itu memarahinya kerana menghabiskan masa terlalu lama bermain permainan tersebut.
Akibat berang dengan teguran itu, kanak-kanak itu telah mengambil pistol dari milik ibunya lalu menembak 4 ahli keluarganya itu.
Walaubagaimanapun, seorang lagi ahli keluarga kanak-kanak itu dilaporkan tidak ditembak dan terselamat dalam insiden tersebut.
Ekoran kejadian itu, pihak polis Pakistan dilaporkan akan bertindak mengharamkan permainan PUBG di negara tersebut.
Sumber: ndtv
Baca juga: Hukuman Sebat Disyor Dikenakan Ke Atas Pemain PUBG
Kesan Negatif PUBG Memaksa Jordan Mengharamkan Aplikasi Pemainan Popular Tersebut