Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sains Kulit

Saintis Jumpa Cara Untuk Jadikan Sel Kulit 30 Tahun Lebih Muda

Diterbitkan April 12, 2022 · Dikemas kini April 12, 2022 oleh Firdaus

Saintis telah berjaya memprogramkan semula sel kulit manusia untuk kelihatan lebih muda. Teknik yang digunakan adalah ‘Maturation Phase Transient Reprogramming’ dengan memutar semula biological clock cellular manusia sekitar 30 tahun lebih muda.

Oleh itu, sel-sel tersebut berada dalam keadaan lebih muda daripada sebelumnya pada tahap molekular. Tambahan lagi, sel yang telah diprogramkan semula kepada waktu muda mereka tetap berfungsi seperti biasa tanpa sebarang kesan sampingan.

Selain itu, kajian ini sangat penting dalam mencari penawar kepada sebarang kerosakan badan akibat penuaan badan kita apabila semakin tua.

Reprogramming human-skin-cells-is-another-way-to-rewind-the-ageing-clock
Kredit: revyuh.com

Penghasilan kolagen merupakan salah satu fungsi utama sel kulit. Kolagen diperlukan untuk menstrukturkan tisu dan menyembuhkan luka.

Dalam pemerhatian kajian ini, sel kulit yang telah diputarkan semula umur mereka untuk menjadi muda menghasilkan lebih banyak kolagen berbanding sel kulit yang tidak menjalani proses ini.

Walau bagaimanapun, kajian ini masih di fasa awal kerana para saintis belum memahami sepenuhnya disebalik proses tersebut. Buat masa sekarang, kajian dan proses tersebut hanya dijalankan pada sel kulit manusia sahaja.

Sebelum memulakan ujian klinikal, mereka perlu menguji pada sel badan yang lain dan memastikan proses tersebut disahkan selamat dan stabil.

Bagi saya ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang perubatan dan farmasi yang membawa kita kepada satu bentuk terapi yang baharu.

Anda boleh mendapatkan kajian tersebut di eLife.

Sumber: Science Alert

Gambar Utama: Science Alert

Baca juga:

  • Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia

    KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini

    Saintis Bangunkan Teknologi Penglihatan Malam Berwarna Penuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY