Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
scan otak

Meninggal Ketika Kajian, Saintis Temui Apa Otak Lakukan 15 Minit Semasa Nazak

Diterbitkan Mac 22, 2022 · Dikemas kini September 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sekumpulan saintis mengkaji gelombang otak pesakit sawan berusia 87 tahun menggunakan peranti elektroensefalografi  atau electroencephalography (EEG), berdasarkan kertas kerja pasukan yang diterbitkan dalam Frontiers in Aging Neuroscience.

Kalau dah ajal kata orang, warga emas tersebut kemudian tiba-tiba mengalami serangan jantung dan meninggal dunia semasa kajian ketika masih disambungkan ke EEG.

Penyelidik-penyelidik ini kemudian menggunakan peluang tersebut untuk merekodkan aktiviti otak beliau dalam masa 15 minit sekitar kematiannya.

Elektroensefalografi  (EEG) digunakan untuk mengukur dan merakam aktiviti elektrikal dalam otak. Ia selalunya digunakan untuk pesakit sawan atau epilepsi.

sawan
Elektroensefalografi  -University of York

Banyak kajian sebelum ini juga memberi kesimpulan yang sama bahawa keseluruhan hidup seseorang itu akan diperlihatkan dalam masa beberapa saat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Apa yang ditemui mereka ialah sebuah gelombang otak yang dinamakan gamma, meningkat ketika ini. Gelombang ini biasanya hanya aktif ketika seseorang bermimpi dan cuba mengingati sesuatu. Ini bermakna gelombang ini berkait dengan aktiviti memori.

Berkaitan

  • 15 Daripada 23 Monyet Yang Otak Ditanam Cip Neuralink Didapati Mati
  • Saintis Dakwa COVID-19 Menyebabkan Otak Manusia Mengecil Bersamaan Tempoh Penuaan Selama 10 Tahun
  • Manusia Pertama Yang Terima Jantung Khinzir Disahkan Meninggal Dunia
  • Saintis Berjaya Cipta Bateri Daripada Kulit Ketam

Ini membuatkan mereka percaya bahawa seseorang dipertontonkan sekilas seluruh memori kehidupannya sewaktu dia nazak.

Dr. Ajmal Zemmar berkata, “Melalui aktiviti gelombang tersebut, otak mungkin memainkan semula buat kali terakhir segala kejadian penting dalam hidup seseorang, sama seperti yang dilaporkan mereka yang menghadapi pengalaman cemas hampir mati.”

EEG Electroencephalography
TebMedTourism

Bagaimanapun, dalam kes ini, ia mungkin disebabkan warga emas tersebut pernah menghidap penyakit berkaitan otak seperti sawan dan otak bengkak.

Tetapi, kajian terdahulu yang dikenakan pada tikus juga menunjukkan aktiviti gelombang yang sama. Ini bukti perkara ini mungkin berlaku pada semua makhluk bernyawa, bukan sahaja manusia.

“Satu perkara kita belajar daripada kajian ini ialah walaupun orang yang kita sayang sudah memejamkan mata dan bersedia untuk meninggalkan kita, otak mereka mungkin sedang menayangkan kenangan indah mereka bersama kita,” jelas Dr. Ajmal lagi.

Sumber: Frontiers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY