Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fat-32-data-recovery copy

Selepas Hampir 30 Tahun, Microsoft Akhirnya Buang Had Saiz FAT32 Di Windows 11

Diterbitkan Ogos 17, 2024 · Dikemas kini Ogos 17, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft akhirnya membuang File Allocation Table32 (FAT32) dalam binaan Windows 11 Canary terkini. FAT 32 adalah versi 32-bit sistem fail FAT yang membenarkan kapasiti sekatan (partitions) sehingga 32GB dalam ruang storan.

Format FAT32 bukanlah asing kerana ia digunakan secara meluas untuk pemacu USB, kad memori dan pemacu keras luaran untuk keserasian antara semua platform.

Selepas Hampir 30 Tahun, Microsoft Akhirnya Buang Had Saiz FAT32 Di Windows 11

Menjelaskan tindakan mereka itu, Microsoft menyatakan,

“Apabila memformat cakera daripada baris arahan (command line) menggunakan arahan format, kami telah meningkatkan had saiz FAT32 daripada 32GB kepada 2TB.”

Had itu bagaimanapun hanya dialih keluar daripada baris arahan format sekarang, jadi kotak dialog format sedia ada akan terus mempunyai had saiz FAT32.

https://x.com/xenopanther/status/1824142722594177303

Had 32GB pada asalnya telah ditetapkan semasa pembangunan Windows 95 lebih daripada 30 tahun yang lalu.

Bekas pembangun Windows, Dave Plummer mendedahkan awal tahun ini bahawa dia bertanggungjawab untuk kotak dialog format dan dia juga memilih had 32GB untuk FAT32.

Sumber: Windows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • iPhone Akan Gantikan Sistem VAR Di Liga Perdana Inggeris
  • Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Dibuka, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • TWS Pertama Berteknologi XMEMS, Akhirnya Sesuatu Yang Baru Dalam 'Wireless Earbud'

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY