Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Berbulan Hilang, Apple Watch Ultra Ditemui Semula Di Dalam Tasik

Selepas Berbulan Hilang, Apple Watch Ultra Ditemui Semula Di Dalam Tasik

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang pemilik jam Apple Watch Ultra bernama Noorani telah berkongsikan pengalaman beliau menemui semula jam pintarnya itu selepas berbulan hilang di dalam tasik.

Beliau yang tinggal di Los Angeles berkata, beliau telah melakukan aktiviti air di Tasik Travis, Austin, A.S. Apabila dia berada kira-kira 30 kaki di bawah air, ikatan jam tangan itu secara tiba-tiba terlepas dan Apple Watch Ultra tenggelam ke dalam tasik.

Noorani cuba mendapatkan semula Apple Watch Ultra itu sejurus selepas kehilangannya, tetapi dia tidak bernasib baik.

“Saya akhirnya mengupah penyelam skuba selepas menjatuhkan penanda tetapi mereka tidak dapat menemuinya,”

Noorani mendayakan ciri Lost Mode pada Apple Watchnya melalui aplikasi Find My pada iPhone miliknya.

Dengan berbuat demikian, Apple Watch akan menunjukkan mesej kepada sesiapa sahaja yang mungkin menemuinya kemudiannya nanti.

Akhirnya selepas 3 bulan jam pintar itu berada di dalam tasik, seseorang telah berjaya menemui Apple Watch Ultra Noorani yang hilang itu.

“Tiga bulan kemudian saya menerima panggilan bahawa mereka menemui jam tangan itu. Saya tinggal di Los Angeles tetapi abang saya dapat berjumpa dengan penyelam dan mendapatkan semula jam itu,” Noorani.

Selepas Berbulan Hilang, Apple Watch Ultra Ditemui Semula Di Dalam Tasik
Apple Watch Ultra Noorani selepas ditemui dan dibersihkan.

Apple Watch Ultra itu diselaputi kotoran dan pada cubaan awal, ia tidak dapat dihidupkan. Tetapi selepas ia dicas seharian oleh individu yang menemui jam itu, ia kembali berfungsi seperti biasa.

Jadi, apa yang boleh dipelajari dari pengalaman ini adalah, produk Apple anda mungkin lebih tahan daripada yang anda jangkakan.

Adalah baik juga untuk anda mengaktifkan ciri Find My atau menambah Kenalan Kecemasan (Emergency Contact) supaya orang lain boleh menghubungi apabila anda berada dalam situasi seperti ini.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • iOS 17.1 Kini Dilepaskan, Ini Antara Yang Baharu

Sumber: 9To5Mac

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY