Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Apex Legends, Rainbow Six Siege Pula Kini Di Telefon Pintar

Selepas Apex Legends, Rainbow Six Siege Pula Kini Di Telefon Pintar

Diterbitkan April 6, 2022 oleh Firdaus

Ura-ura akan kedatangan game Rainbow Six Siege ke peranti Android dan iOS telah pun disahkan dengan video trailer game tersebut. Sebelum ini, kita hanya mendengar khabar angin tentang Rainbow Six Siege di platform telefon pintar tetapi dengan trailer ini, kehadiran game ini adalah pasti tidak lama lagi.

Rainbow Six Siege pada asalnya merupakan permainan video berbayar untuk platform komputer dan konsol. Tetapi Ubisoft akan melancarkan versi Android dan iOS bagi permainan video ini tidak lama lagi. Bagi versi telefon pintar, Ubisoft membuang nama ‘siege’ dalam game ini yang berubah kepada Tom’s Clancy Rainbow Six Mobile.

Setakat apa yang diberitahu, Rainbow Six Mobile adalah game dengan format 5 vs 5 dengan mod serangan dan pertahanan. Pasukan yang berada dalam mod serangan perlu menyempurnakan objektif mereka seperti mematikan bom dan menyelamatkan tebusan. Manakala tugas pasukan pertahanan adalah untuk menggagalkan misi pasukan menyerang.

Selain itu, 10 operator yang telah disahkan hadir dalam game ini adalah Bandit, Smoke, Valkyrie, Ash, Sledge, Twitch, Thermite, Hibana, Caveira dan Mute.

Screenshot 2022-04-06 094843 Screenshot 2022-04-06 094816

Bagi peta yang sudah tersedia, Ubisoft telah mengumumkan 2 peta, iaitu Bank dan Border tetapi banyak map yang bakal ditawarkan ketika pelancaran rasminya.

Screenshot 2022-04-06 095355

Ubisoft menyatakan bahawa corak permainan Rainbow Six Mobile adalah sama dengan Six Siege tetapi telah dipermudahkan untuk peranti Android dan iOS. Anda boleh mendaftar secara percuma untuk menjadi yang terawal mencuba Rainbow Six Mobile sebelum pelancaran rasminya di pautan ini.

Sumber: Ubisoft

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • MySejahtera Kini Diiktiraf Dan Boleh Digunakan Di Eropah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY