Ramai Yang Ambil Mudah, Kenali Maksud Di Sebalik 'PSU Rating'

Dalam binaan sebuah komputer (PC), cip pemprosesan (CPU) dan kad grafik (GPU) memang sebuah komponen amat penting dan sering dikejar oleh mana-mana individu yang baru berjinak-jinak dalam dunia PC atau yang sudah memilikinya.

Namun, sebuah komponen yang selalu dilupakan ialah bekalan kuasa atau power supply unit (PSU). Ada kalanya komponen lain sudah flagship tetapi PSU pula dari jenis cap ayam.

Tahukah anda, PSU merupakan elemen teramat penting dalam sesebuah komputer. Ini kerana sekiranya perkara tidak diingini atau PSU itu meletup, berkemungkinan besar komponen PC lain turut terjejas.

Oleh itu, anda disarankan untuk mengeluarkan bajet yang mencukupi bagi sebuah PSU. Jika ada bajet lebih, anda boleh terus membeli PSU yang cukup berkualiti. PSU pun bukanlah setiap tahun perlu ditukar, sekiranya kuasanya mencukupi, tidak ada keperluan untuk menaik taraf.

Kenali Apa Itu Kecekapan PSU


Seperti cip pemprosesan dan kad grafik, PSU juga mempunyai kecekapan (efficiency). Fungsi PSU ini mudah, ia menerima kuasa dari plag rumah (Alternate Current) anda kemudian ia akan membekalkan kuasa (Direct Current) kepada komponen-komponen lain pada komputer.

Contohnya anda mempunyai PSU 500W dengan kecekapan 50%, PSU anda sebenarnya bukan menggunakan 500W sahaja. Akan tetapi ia boleh melangkaui sehingga 1000W. Ini disebabkan kecekapannya hanyalah separuh. Jadi, PSU tersebut perlu 'bekerja keras' untuk mendapatkan output seperti dinyatakan.

Selain itu, kecekapan tersebut juga akan berlainan mengikut situasi seperti 20% load, 50% load dan 100% load. Bagaimanapun, jangan risau kerana kebanyakan PSU yang berada di pasaran sekarang mempunyai kecekapan 80%.

{suggest}

Bercakap tentang angka 80, pasti anda biasa melihat PSU yang mempunyai pelekat tertulis '80 Plus'. Ia merujuk kepada penarafan kecekapan yang ada pada PSU.

Kita berbalik kepada PSU 500W dengan penarafan 80 Plus, ia akan menggunakan 625W.

Kapsyen: Foto - edn


Secara matematiknya, anda boleh rujuk formula di bawah:
Pwaste = (Pout/η) - Pout

Contoh:

Pwaste = (500W/0.80) - 500W = 625W; 625W - 500W = 125W

'Pwaste' merujuk kepada lebihan kuasa yang diperlukan. Untuk mencari jumlah input kuasa PSU, ikuti formula seterusnya.

Pin=Pout + Pwaste

Pin = 500W + 125W = 625W

Seperti yang dinyatakan di atas, 625W adalah jumlah kuasa yang digunakan apabila ia load sebanyak 100%.

Nilai 'Pin' akan berkurang sekiranya nilai 'η'  lebih tinggi.

*nota kaki: Pin (input power), Pout (output power), η (efficiency), Pwaste (power will be wasted)

Jenis-Jenis Penarafan (Rating) 80 Plus


Setelah anda mengetahui asas bagaimana untuk mengira kecekapan tenaga dari PSU, di sinilah pecahan kepada "siapa lebih cekap".

Anda pasti pernah lihat di kedai atau gedung dalam talian, PSU itu ada yang 80 Plus Bronze, 80 Plus Silver, 80 Plus Gold, 80 Plus Platinum dan 80 Plus Titanium.

Warna yang terpapar itu bukan suka-suka, ia merujuk kepada tahap kecekapan sesebuah PSU. Mudah kata, PSU tersebut sudah menerima sijil setelah melalui ujian-ujian tertentu.

Bermula dengan kecekapan serendah 80%, ia boleh melangakui sehingga 94% pada kadar 100% loading. Anda boleh rujuk gambar di bawah:



Berdasarkan gambar tersebut, anda boleh lihat bahawa PSU yang mempunyai rating Titanium hadir dengan tahap kecekapan sehingga 94%.

Eh, penting ke rating ni?

Jawapannya ya. Selain memberikan keselamatan buat anda dan juga PC anda, ia juga secara tidak langsung memberikan penjimatan bil elektrik rumah. Lebih-lebih lagi bagi anda yang "tak pernah jumpa butang shut down PC".

Jenama Mana Yang Bagus?


Ada berpuluh-puluh jenama PSU yang baik boleh dipilih. Contohnya be quiet!, Cooler Master, Corsair, Enermax, NZXT, ASUS, EVGA, Superflower dan lain-lain. Salah satu jenama yang menawarkan barisan PSU dalam tier terbaik ialah MSI.

MSI mempunyai PSU dari 650W sehinggalah 1000W. Sebagai contoh, MPG A1000G, ia menjanjikan penggunaan kuasa yang baik kerana ia hadir dengan penarafan 80 Plus Gold.

Selain itu, ia turut mempunyai 0% RPM mode di mana kipasnya akan berhenti sekiranya TDP kurang daripada 40%.

Ia juga dilengkapi 100% Japanese 105°C kapasitor yang mana akan memberikan prestasi dan kualiti. Tambahan lagi, PSU MSI pun adalah jenis fully modular.



Bermakna, anda hanya menggunakan kabel tertentu sahaja, mengikut komponen PC. Kabel berlebihan, boleh disimpan. Tidak seperti PSU jenis non-modular di mana kabelnya tidak boleh dicabut.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan PSU daripada MSI, anda boleh membelinya di kedai rasmi MSI, Shopee atau Lazada.
Beli PSU MSI di:

Shopee - https://invle.co/clb6ikc

Lazada - https://invol.co/clb6ikn

Berkaitan