Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Empat Syarikat ’Telco’ Berjaya Siapkan 60 Menara Baru 4G, Digi Alami Isu

200 Tiang Lampu Jalan Dengan 5G Akan Dibina Di Kuala Lumpur

Diterbitkan Jun 14, 2022 · Dikemas kini Jun 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa hari lalu, terdapat dakwaan mengatakan DBKL memberikan kontrak bernilai RM30.75 juta kepada Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) untuk menggantikan 200 tiang lampu di sekitar Kuala Lumpur.

Terbaru, Ennova Sdn. Bhd. menjelaskan keadaan sebenar di mana SCIB dilantik oleh Ennova bagi membina dan mengoperasikan 200 tiang lampu berkenaan bagi pihak Ennova mulai Jun ini hingga Mei tahun depan.

Lampu jalan ini bukanlah tiang lampu semata-mata kerana ia juga dilengkapi repeater isyarat 5G. Jadi, selain menerangkan jalan, ia juga bertindak memberikan isyarat 5G pada pengguna.

Ennova merupakan salah satu syarikat daripada 29 syarikat lain yang dilantik DBKL dalam usaha mereka membangunkan infrastruktur pelaksanaan rangkaian 5G.

Jelas COO Ennova lagi, jumlah RM30.75 juta bagi 200 tiang lampu tersebut bukanlah ditanggung DBKL tetapi syarikat mereka sendiri.

Ennova menerima kelulusan daripada DBKL untuk menjalankan kerja-kerja penggantian dengan jumlah kos dan pelaburan yang akan ditanggung oleh Ennova selama 5 tahun.

Ennova kemudian melantik SCIB sebagai subkontraktor untuk kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan sebagainya.

Dari segi kos termasuk sewaan dibayar pada DBKL, semuanya ditanggung oleh Ennova.

Tiang-tiang ini juga akan disewakan oleh Ennova pada syarikat telekomunikasi untuk bahagian 5G-nya.

Ia dijangka siap pada pertengahan 2023 dengan pembinaannya bermula bulan ini.

Sumber: BERNAMA, The Star

Baca juga:

  • JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya
  • Kini Lebih 80 Peranti Sokong 5G Malaysia, DNB Terus Sediakan Fasiliti Uji Peranti
  • Bekas Menteri Nafi Laporan Kenderaan Lagi Banyak Daripada Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY