Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selangor Akan Menjadi Pemangkin Negeri Pintar Menjelang 2025

Selangor Terima Layanan ‘VVIP’ Untuk Pembangunan Infrastruktur Rangkaian 5G

Diterbitkan April 14, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam satu kenyataan oleh Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa negeri Selangor akan didahulukan dalam usaha pelaksanaan dan naik taraf rangkaian perkhidmatan 5G.

Beliau menyatakan, sebanyak 3 program utama sedang dilaksanakan iaitu menambah menara telekomunikasi 4G baharu dan menaik taraf menara sedia ada kepada 5G, meningkatkan jumlah premis dengan sambungan kabel jalur lebar dan menaik taraf sistem pemancar 3G kepada 4G di negeri itu.

Kesemua pelaksanaan tersebut dibuat di bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) di mana Negeri Selangor menerima peruntukan sebanyak RM5.34 bilion untuk tujuan itu.

Jumlah itu sekaligus mengatasi jumlah peruntukan JENDELA yang diterima oleh negeri Sabah sebelum ini yang menerima sebanyak RM2.45 bilion bagi membangunkan infrastruktur komunikasi yang bermula dari 2020 sehingga 2022.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Sabah Adalah Penerima Terbesar Peruntukan JENDELA
  • Walaupun Pasaran Kriptowang Jatuh, ‘Luno’ Berjaya Capai US$2 Trilion
  • Penyejukan Cecair Atau Udara? Mana Lebih Baik Dan Sesuai Untuk PC Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY