Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
luno

Walaupun Pasaran Kriptowang Jatuh, ‘Luno’ Berjaya Capai US$2 Trilion

Diterbitkan April 13, 2022 ยท Dikemas kini April 13, 2022 oleh Nadiah Ab

Salah satu platform mata wang kripto terkenal, Luno mengumumkan mereka telah mencapai lebih 10 juta pelanggan dari lebih 40 negara di seluruh dunia.

Dalam tempoh 6 bulan sahaja, mereka berjaya mendapat lebih 1 juta pelanggan, selaras dengan pertumbuhan pangkalan pelanggan global sebanyak 35% dari tahun ke tahun.

Terdahulu, setelah mencapai permodalan pasaran (market cap) setinggi US$3 trilion (~RM4.2 trilion) pada November 2021, pasaran mata wang kripto jatuh merudum pada bulan Januari 2022, disebabkan persekitaran makroekonomi yang sangat mencabar ketika itu.

Walau bagaimanapun, Luno kekal bertahan dengan sekali lagi berjaya melangkaui US$2 trilion (~RM8.5 trilion) pada bulan Mac.

Dengan permintaan dan pasaran mata wang kripto yang semakin meningkat, platform tersebut menyasarkan lebih 1 bilion pengguna menjelang tahun 2030.

Menurut Aaron Tang, Pengurus Negara dari Luno Malaysia, negara kita merupakan salah satu pasaran terkuat, dengan 12% dari pelanggan terbaru sepanjang 6 bulan yang lepas adalah dari Malaysia.

Jika anda berminat untuk mula melabur dalam pasaran mata wang kripto, anda boleh memuat turun aplikasi Luno untuk iOS di sini dan untuk Android di sini.

Sumber: Siaran Akhbar Luno

Baca juga:

  • Salah Satu Kecurian Kripto Terbesar, Penggodam Berjaya Curi $625 Juta
  • Dianggap Perniagaan Masa Depan, Menteri Mahu Kerajaan Iktiraf Kriptowang
  • Jejas Ekonomi Negara, Thailand Haramkan Pembayaran Melalui Kriptowang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY