Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sabah Adalah Penerima Terbesar Peruntukan JENDELA

Sabah Adalah Penerima Terbesar Peruntukan JENDELA

Diterbitkan September 23, 2020 · Dikemas kini September 23, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam usaha kerajaan memantapkan kesalinghubungan di seluruh negara, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau dikenali sebagai JENDELA.

Pelan tersebut termasuklah memantapkan fungsi Pusat Internet Komuniti (PIK) agar rakyat bukan sahaja berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti bahkan juga memperbaiki taraf sosioekonomi mereka.

Seperti semua sedia maklum, Sabah diberi keutamaan dalam pelaksanaan JENDELA.

Negeri di bawah bayu itu akan menerima peruntukan sebanyak RM2.45 bilion bagi membangunkan infrastruktur komunikasi menerusi projek pembangunan yang bermula dari 2020 sehingga 2022.

Jumlah itu sekaligus menjadikan Sabah adalah negeri yang menerima peruntukan terbesar di bawah pelan JENDELA.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah menyediakan sebanyak 133 PIK untuk memberi bimbingan digital kepada rakyat di negeri Sabah.

Sebelum ini pada 18 September yang lalu, perasmian Pejabat SKMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu telah pun dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY