Telefon gaming berkelas andalan tahun ini dimulakan dengan Lenovo Legion Y90 yang mana baru sahaja dilancarkan. Dari sudut rekaan, tidak banyak berubah berbanding pendahulunya Legion Phone Duel 2.
Pada bahagian belakang, modul besar di tengah-tengah itu terletaknya dua lensa yang terdiri 64MP utama dan 13MP ultra lebar serta 16MP lensa hadapan. Di dalamnya juga terdapat dwi-kipas yang akan menyejukkan peranti bersama-sama pencahayaan RGB pada logo Legion.
Dilengkapi paparan seluas 6.92 inci panel E4 AMOLED, ia menyokong kadar segar semula 144Hz dengan 720Hz (multi sampling), Dolby Vision, HDR10+, ΔE<0.6 dan juga pengiktirafan TüV Rheinland.
Legion Y90 dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 1 dan menerima bekalan bateri sebesar 5600mAh serta kelajuan mengecas 68W yang mana mampu mengecas penuh peranti dalam 35 minit.
Konfigurasi bermula dari 12GB RAM sehingga 18GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Namun, varian tertinggi ini mempunyai sistem storan gabungan 512GB UFS 3.1 + 128GB SSD RAID 0 di mana kelajuan membaca dan menulisnya jauh lebih pantas.
Bagi pengalaman gaming, ia menawarkan alat kawalan yang mempunyai 6 butang – L1/L2/R1/R2 pada sisi kanan dan dua ‘butang’ lagi – L3/R3 pada skrin. Dengan ini, satu klik, dua klik dan tahap sensitiviti skrin serta lain-lain disokong pada Legion Y90.
Antara lainnya adalah seperti Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, 2x USB-C serta menjalankan ZUI 13. Walaupun begitu, peranti ini terhad buat pasaran China terlebih dahulu. Harga permulaan ialah RMB4299 (~RM2858).
Sumber: Lenovo
Baca juga:
-
HONOR Umum Watch GS 3 & Earbuds 3 Pro, Dua Peranti Boleh Pantau Kesihatan
-
Akhirnya Telefon Andalan Premium Siri realme GT2 Rasmi Buat Pasaran Global
-
ASUS 8z Dilancarkan, Guna Snapdaragon 888 Tapi Hanya 2 Kamera