Selamat Tinggal, Groovy Bot Di Discord Akan Ditamatkan Selamanya

Discord merupakan sebuah platform yang menawarkan permesejan pantas, perbualan audio dan mempunyai komuniti yang sangat ramai terutama dalam kalangan gamer.

Bagi pengguna tegar Discord, semestinya anda akan mengenali Groovy bot. Ia salah satu bot muzik yang popular dan telah dipasang lebih daripada 16 juta dalam pelayan Discord.

Namun selepas ini, anda sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Ini kerana Google mengarahkan perkhidmatan tersebut ditamatkan bermula 30 Ogos 2021.

Walaupun Groovy menyokong Spotify, Soundcloud, YouTube dan beberapa perkhidmatan muzik lain tetapi kebanyakan lagu yang dimainkannya adalah daripada YouTube.



Ditambah pula pengguna Groovy dikatakan mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna, ia menyebabkan Google bertindak demikian kerana Groovy telah melanggar syarat perkhidmatan dari YouTube.

Menurut pembangun Groovy, mana-mana individu yang sudah membayar perkhidmatan premium sejak pengumuman ini bakal menerima bayaran balik dalam beberapa minggu lagi.

Sekiranya anda tidak mengetahui tentang Groovy, ia merupakan bot yang akan memainkan apa sahaja muzik yang diinginkan. Kebiasaannya ia digunakan apabila sambil menunggu sebelum permainan (game) dimulakan.

https://twitter.com/StickoNico/status/1430467852818018311?s=20

Sumber: verge

Baca juga: