Hati-Hati Dengan Perisian Hasad "Game Dev" Di Discord

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi amaran mengenai satu mesej atau pautan hasad yang sedang tersebar di platform komunikasi Discord.

https://twitter.com/rudjosu/status/1406608544355454987?s=20

Menerusi rajutan (thread) @rudjosu, pautan yang disertakan didalam mesej mengandungi perisian hasad yang akan mencuri maklumat peribadi, data log masuk Chrome, alamat IP, dan lain-lain.

Selain itu, akaun Discord pengguna juga akan diambil alih penggodam dan digunakan untuk menyebar mesej pautan hasad tersebut ke senarai kenalan lain.

Seorang pengguna tampil menyatakan akaunnya telah digodam tetapi berjaya mendapatkannya semula akaun dengan cara ini:



Tambah rudjosu di Twitter, Discord sudah mengambil tindakan terhadap perisian hasad tersebut. Namun, kebenaran berita ini tidak dapat disahkan kerana tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Discord.

Tetapi pengguna tetap dinasihati untuk tidak menekan pautan berkaitan game dev (pembangun permainan) atau apa-apa pautan mencurigakan walaupun ianya datang dari kenalan sendiri.

Sumber: @rudjosu

Baca juga - Aplikasi Google Anda "Crash"? Ikuti Langkah Ini

Baca juga - Spotify Lancar Greenroom, Pesaing Baharu Clubhouse

Berkaitan