Menurut dokumen aduan yang dibuat Epic terhadap Google itu, ia mendedahkan bahawa Google dilaporkan akan menawarkan ganjaran wang yang lebih banyak kepada pengeluar telefon pintar sekiranya mereka tidak prapasang telefon pintar keluaran mereka dengan aplikasi pihak ketiga.
Secara khususnya, pengeluar telefon pintar perlu mematuhi syarat di mana mereka hanya menjadikan Google Play Store sebagai stor untuk memasang aplikasi ke dalam peranti keluaran mereka.
Ganjarannya, menerusi program yang dinamakan sebagai “Premier Device Program”, Google akan memberikan sebanyak 12% iaitu 4% lebih tinggi dari sebelum ini dari pendapatan carian Google kepada pengeluar telefon pintar tersebut menerusi peranti utama mereka yang layak.
Malah untuk menjadikannya lebih menarik lagi kepada pengeluar telefon pintar seperti LG dan Motorola, Google dilaporkan menawarkan ganjaran antara 3% hingga 6% dari apa yang dibelanjakan pengguna di dalam Google Play Store menerusi peranti keluaran syarikat tersebut.


Pemfailan saman yang dibuat Epic Games terhadap Google pada Julai lalu ekoran daripada monopoli Google ke atas peranti-peranti Android serta sekatan yang dibuat Google ke atas permainan Fortnite dari ditawarkan di dalam Google Play Store sejak Ogos tahun lalu.
Sumber: The Verge
Baca juga: Aplikasi Fortnite Dibuang Dari App Store Dan Play Store, Epic Games Kemukakan Tuntutan Saman
Beberapa Pembangun Bersatu Untuk Melawan Polisi Apple App Store
Berkaitan
- ToTok Kini Kembali Ditawarkan Dalam Google Play Store
- Google Gesa Matikan Segera Ciri Ini, 3 Pengeluar Telefon Pintar Android Terjejas
- Google Dilapor Mengkaburkan Imej Satelit Yang Memaparkan Israel
- Microsoft, Google Dan Facebook Membantah Keputusan Menteri Pengangkutan Malaysia
- Google Akan Membuang Ikon 'Hamburger' Di Google Play Store
- Pelanggan Celcom Nikmati 1GB Percuma Dengan Pembelian Pertama Aplikasi Dari App Store Atau Play Store
- Kajian Mendapati Penggunaan Apple CarPlay Ketika Memandu Adalah Paling Merbahaya
- Kemas Kini Perisian Punca Enjin Carian Google Tergendala Semalam
- 'Laptop' Bajet Google Menyebabkan Peningkatan Sisa Elektronik - Kajian
- Apple Store India Pertama Bakal Dibuka Tahun Hadapan