Selain HUAWEI P60 Pro, Ini 4 Lagi Peranti Dilancarkan

HUAWEI turut melancarkan beberapa peranti lain selain P60 Pro dan Mate X3. Peranti-peranti tersebut ialah MatePad 11 2023, Watch Ultimate, Watch Buds, HUAWEI FreeBuds 5.

Sebuah tablet, 2 jam tangan dan sebuah TWS.

Tatal ke bawah untuk ketahui serba ringkas spesifikasi dibawakan mereka.

{snap}

HUAWEI MatePad 11" 2023




Versi terbaru tablet MatePad ini ini hadir dengan skrin IPS LCD sebesar 11 inci dan hadir dengan M-Pencil generasi kedua. Ia dijana Snapdragon 865 dengan HarmonyOS 3.1.

RAM di dalamnya ialah 8GB, dipadankan dengan storan dalaman 128GB.

Selain itu, paparannya juga mampu papar kadar segar hingga 120Hz, 275 PPI, mempunyai resolusi 2.5K dan mempunyai pengikitirafan TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution).

Ia dibekalkan bateri sebesar 7250mAh, pembesar suara quad, kamera belakang 13MP dan kamera depan

MatePad 11" 2023 berharga RM1799.

Beli di Shopee

{snap}

HUAWEI Watch Ultimate




Jam tangan pintar ini dicipta untuk aktiviti lasak tetapi rekaannya juga menampilkan paparan LTPO AMOLED sebesar 1.5 inci.

Mempunyai perlindungan dan pengiktirafan EN 13319, ISO 22810 dan boleh diselam sehingga 100 meter bawah laut.

Ia mempunyai lebih 20 mod profesional dan lebih 100 mod kesihatan termasuk untuk aktiviti mendaki gunung. Dalam pada itu, Watch Ultimate ini mampu bertahan sehingga 14 hari sekali cas.

Watch Ultimate dijual pada harga RM3799.

Beli di Shopee

{snap}

HUAWEI Watch Buds




Ini antara produk HUAWEI yang menarik kerana jam tangan pintar ini mempunyai putik audio di dalamnya,

Seperti namanya, bukan sahaja menawarkan paparan AMOLED 1.43" dan rekaan jam yang sedikit mewah tapi juga berperanan sebagai TWS anda. Bahkan, ia menyokong ANC.

Antara kesihatan ditawarkan tidak jauh berbeza dengan jam tangan dalam kelasnya iaitu sensor Sp02, penjejakan kualiti tidur, pemantauan nadi 24/7 dan lain-lain.

Jam ini mempunyai jangka hayat bateri selama 3 hari. Ia berharga RM2199.

Beli di Shopee

{snap}

HUAWEI Freebuds 5




Produk audio seperti TWS juga tidak ketinggalan. Freebuds 5 hadir dengan rekaan yang agak unik bersama Ultra Magnetic BassDriver dengan tumpuan terhadap bes.

Kata HUAWEI, produk terbaru ini 30% lebih sensitif pada nada berfrekuensi rendah jika dibandingkan dengan FreeBuds 4 selain mampu memperdengarkan bes serendah 16Hz.

Selain itu, ia secara rasmi menyokong LDAC, Hi-Res Wireless Audio (HWA) dan Hi-Res Audio selain ada perlindungan IP54.

Secara peribadi, saya kurang gemar dengan rekaan 'gelembung' FreeBuds 5 ini namun jika anda berminat, boleh dapatkannya melalui pautan di bawah pada harga RM699.

Beli di Shopee