Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
One Piece Seiko

Seiko Keluarkan Jam Edisi Terhad One Piece Gear 5

Diterbitkan Oktober 26, 2023 oleh ariff bukhari

Pengeluar jam terkenal, Seiko telah mengeluarkan jam edisi terhad bertemakan watak utama dari siri anime popular One Piece iaitu Luffy ketika ia berada dalam bentuk Gear 5.

Gear 5 merupakan nama yang digunakan Luffy bagi peningkatan kuasa terbaru dari buah iblisnya, Gomu gomu no mi, atau juga dikenali sebagai Hito Hito no Mi, Model: Nika.

Gear 5 baru sahaja membuat kemunculannya ketika Luffy yang seperti seakan tewas ketika sedang bertarung dengan ketua grup Lanun Beast, Kaido.

Sempena itu, Seiko berkolaborasi dengan One Piece mengabdikan Gear 5 Luffy itu pada jam edisi terhad mereka.

Seiko Keluarkan Jam Edisi Terhad One Piece Gear 5

Sama sepertimana bentuk Gear 5, jam Seiko ini menampilkan warna putih di bahagian paparan jam beserta dengan logo One Piece.

Dibahagian belakangnya pula tertera perkataan Gear 5 beserta topi jerami yang dipakai Luffy.

Jam ini turut disertakan bersama kotak khas berwarna putih dengan cetakan rupa buah iblis Gomu gomu no mi di bahagian atas kotak serta Luffy dalam bentuk Gear 5.

Manakala kerangkanya diperbuat daripada keluli tahan karat berwarna perak beserta 3 butang tetapan.

Seiko One Piece

Harga jualan bagi jam Seiko X One Piece Edisi Gear 5 Monkey D. Luffy ini adalah 54,780 yen (~RM1,742) dan dijadual dipasarkan pada pertengahan Februari 2024 nanti.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Siri Anime One Piece Akan Boleh Distrim 24/7 Percuma Setahun

Sumber: Premico

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY