Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
For Featured Image-2

Sebuah Syarikat Malaysia Berkaitan Semikonduktor Disekat AS, MITI Akan Siasat Lanjut

Diterbitkan Jun 4, 2024 · Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh ariff bukhari

AS dilaporkan telah mengenakan sekatan terhadap sebuah syarikat semikonduktor Malaysia, Jatronics Sdn Bhd kerana didakwa membekalkan tentera Rusia dengan komponen elektronik berkaitan.

Syarikat itu adalah antara 300 lagi entiti lain yang disenaraikan disekat oleh AS.

Ekoran itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan melakukan siasatan lanjut susulan tindakan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat tersebut.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, perkara tersebut perlu dilihat sepenuhnya terlebih dahulu oleh MITI, selaku agensi penyelaras memandangkan syarikat itu antara kira-kira 300 syarikat di dunia yang dikenakan sekatan oleh AS.

Beliau difahamkan bahawa syarikat itu bukannya syarikat pengeluar semikonduktor tetapi syarikat perdagangan yang menjual perkakasan berkaitan industri semikonduktor.

“Lebih baik MITI memahami isu itu kalau ada apa-apa atau benar-benar berlaku,” Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika bercakap kepada pemberita hari ini.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Pertengahan Paling Berprestasi Setakat Mei 2024

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY