Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebelum Beli iPhone Terpakai, Pastikan Semak Perkara Ini Terlebih Dahulu

Posted on Mac 14, 2024

Pasaran telefon pintar terpakai atau secondhand masih lagi besar di Malaysia. Ini kerana saban hari telefon pintar terbaru semakin tinggi harga jualannya.

Oleh sebab itu, telefon pintar terpakai ini akan sentiasa jadi pilihan. Antara model telefon yang sering menjadi sasaran dan sentiasa ada nilai adalah iPhone.

Tidak pasti mengapa iPhone sering menjadi buruan, mungkin disebabkan jenama sahaja atau mungkin iPhone sering dikaitkan dengan tahan lama atas faktor menyokong kemas kini perisian lebih lama.

Namun, perlu diingatkan, jangan tersilap langkah apabila membeli peranti iPhone terpakai. Ini kerana ada banyak juga kes ia adalah tiruan dan sebagainya.

Oleh itu, anda boleh ikut langkah di bawah sebelum membeli iPhone terpakai. Buat pengetahuan, ini adalah “nasihat” daripada Apple sendiri.

Hidupkan iPhone, Skrin Kekunci & Skrin Hello

Pastikan iPhone boleh dihidupkan dan sudah dicas baterinya terlebih dahulu.

Buka iPhone dengan meleret dari bawah ke atas pada iPhone melalui Face ID yang tersedia atau tekan butang laman utama (Home) untuk model iPhone yang lain.

Jika iPhone secondhand tersebut mempunyai kata laluan, Face ID atau Touch ID, minta penjual itu untuk memadam kesemuanya itu agar pembeli boleh menguji skrin kekunci dan beberapa perkara yang lain.

Ketika menghidupkan iPhone lalu terpapar perkataan “Hello” dalam pelbagai bahasa dan ini bermakna iPhone tersebut telah dipadamkan data atau diset semula secara keseluruhan. Secara tidak langsung, anda boleh set up serta periksa skrin utama.

Skrin Utama

Kemudian, semak dan uji skrin utama bersama penjual apabila skrin kekunci boleh dibuka. Uji beberapa aplikasi dan lihat setiap satu per satu.

Periksa Jika Mana-Mana Bahagian iPhone Yang Diganti

Pergi ke tetapan (settings) > umum (general) > perihal (about). Jika iOS 15.2 atau lebih baru bergantung pada model iPhone dan jika bahagian telah diganti, anda mungkin melihat Bahagian dan Sejarah Perkhidmatan (Parts and Service History) dipaparkan selepas nombor siri.

Berikut merupakan Bahagian dan Sejarah Perkhidmatan (Parts and Service History):

  • Jika bahagian dilabelkan Apple Tulen (Genuine Apple Part), bahagian itu telah digantikan dengan bahagian Apple Tulen.
  • Jika dilabelkan Bahagian Tidak Diketahui (Unknown Part), ini bermakna pemasangan tidak lengkap atau bahagian itu digantikan dengan bahagian bukan tulen yang telah digunakan atau dipasang dalam iPhone lain atau tidak berfungsi.

Kesihatan Bateri

Ini perkara yang sentiasa menghantui pengguna iPhone. Baik pengguna lama mahupun yang baru sahaja membeli iPhone model terkini.

Sejak iOS 11.3, pengguna iPhone boleh menyemak tahap kesihatan bateri. Ia adalah untuk menunjukkan berapa kapasiti yang tinggal. Jadi, anda sebagai pembeli, sedikit sebanyak dapat merancang sama ada mahu menukar bateri baharu nanti.

Biasanya, kesihatan bateri 80% dan ke bawah disarankan untuk membuat penggantian.

Cara mengetahui kesihatan bateri iPhone:

  • Tetapan > Bateri > Kesihatan Bateri (iOS 11.3 dan ke atas)
  • Tetapan > Bateri > Kesihatan & Pengecasan Bateri (iOS 16.1 dan ke atas)

Wi-Fi

 

Penggunaan Wi-Fi sememangnya penting untuk setiap pengguna. Oleh itu, cara untuk memastikan sama ada ia masih berfungsi baik atau tidak perlulah menyambung ke rangkaian Wi-Fi bagi mendapatkan akses.

Jika anda tidak berniat untuk membeli iPhone secondhand tersebut, anda perlulah melupakan rangkaian Wi-Fi untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Semak Butang (Buttons)

Di sini, anda perlu uji dengan menekan butang laras audio atas dan bawah, gunakan mute button atau action button (siri iPhone 15 Pro) dan juga butang kuasa.

Pastikan kesemuanya mudah ditekan. Tidak terlalu keras atau tidak terlalu longgar.

Kamera

Kamera juga merupakan salah satu aplikasi yang sangat penting untuk setiap pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan kamera kita dapat melakukan transaksi secara QR dan bukan sahaja untuk menangkap gambar semata-mata.

Buka aplikasi kamera dan ambil beberapa foto. Seterusnya, boleh cuba juga ambil gambar dalam keadaan cahaya malap atau terang. Tekan skrin untuk melaras pengcahayaan serta kawasan yang ingin difokuskan.

Pembesar Suara

Di samping itu, uji pembesar suara untuk ambil tahu sama ada masih berfungsi ataupun sebaliknya.

Anda boleh mainkan lagu atau video dan dengar sebaiknya. Sama ada bunyi yang keluar di pembesar suara seimbang atau tidak dan adakah ia bunyi “pecah”.

Mikrofon

 

Cara mudah untuk menguji adakah mikrofon pada peranti masih berfungsi dengan baik adalah dengan merakam suara anda.

Anda boleh buka aplikasi Memo Suara. Tekan ‘Record Button‘, sebut beberapa perkataan. Kemudian, hentikan rakaman.

Dengar semula rakaman yang anda rakam dengan jelas.

Semak Paparan

 

Untuk paparan pula, pergi ke tetapan, tekan paparan & kecerahan atau pun ‘Display & Brightness‘. Kemudian, anda boleh laraskan untuk menguji kualiti paparan sama ada memuaskan hati anda atau tidak.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress