Punca Dan Cara Atasi Isu Mesej WhatsApp Yang Mengambil Masa Diterima



Kadangkala, anda mungkin akan atau pernah melihat mesej yang berbeza dari apa yang dihantar rakan, saudara mara atau sesiapa sahaja dari orang hubungan anda.

Secara khususnya, anda menerima mesej yang berbunyi,
"Menunggu mesej ini. Proses ini mungkin mengambil sedikit masa."





Terdapat beberapa sebab atau punca mengapa anda menerima mesej di atas:-

  • Anda atau kenalan anda tidak menggunakan WhatsApp versi yang terkini.

  • Anda atau kenalan anda mungkin baru memasang semula WhatsApp.


Mesej telah dihantar ketika anda berada di luar talian, dan apabila anda berada dalam talian semula, kenalan pula berada di luar talian.

Disebabkan ciri  penyulitan hujung ke hujung yang diamalkan di WhtasApp, anda mungkin perlu menunggu mesej seseorang tiba kerana telefon mereka perlu berada dalam talian.

Jadi, untuk mencepatkan proses ini anda boleh lakukan perkara berikut:

  • Minta individu yang bermesej dengan anda untuk membuka WhatsApp pada telefon mereka.

  • Pastikan anda berdua menggunakan WhatsApp versi yang terkini


Cuma, suka dimaklumkan di sini, walaupun anda sudah melakukan seperti yang nyatakan di atas, anda berkemungkinan akan tetap tidak menerima mesej yang dihantar orang hubungan anda itu.

Dalam kes seperti ini, anda sila minta kenalan anda untuk menghantar semula mesej tersebut.

Atau, anda tanya dan lihat sahaja sendiri mesej yang dihantar mereka tapi tidak diterima anda itu di peranti mereka.




{suggest}

Sumber: WhatsApp