Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apophis Mungkin Tetap Akan Menghentam Bumi Dalam Tahun 2068 – NASA

Sebanyak 5 Asteroid Akan Hampiri Bumi Dalam Tempoh 4 Hari Ini

Diterbitkan Ogos 26, 2022 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menerusi Makmal Pendorongan Jet (JPL), Institut Teknologio California memaklumkan bahawa sebanyak 5 buah asteroid akan melintasi hampir dengan Bumi dalam tempoh 4 hari ini.

Bermula dari 26 Ogos 2022, Asteroid 2022 QP4 yang dianggarkan bersaiz 12 meter atau bersamaan dengan saiz sebuah bas akan menghampiri Bumi pada jarak sehampir 1.4 juta kilometer dari Bumi.

Screenshot 2022-08-26 at 1.01.56 PM
Asteroid 2022 QP4.

Kemudian ia diikuti oleh Asteroid 2022 QQ4 dengan anggaran saiz 34 meter atau bersamaan dengan sebuah kapal terbang.

Asteroid ini akan melintasi sehampir 5.93 juta kilometer dari Bumi pada 27 Ogos ini.

Seterusnya ia disusuli pula oleh Asteroid 2022 QP3 pada 28 Ogos yang bersaiz sama dengan Asteroid 2022 QQ4.

Cuma ia akan berada lebih hampir dengan Bumi iaitu hanya sejauh 5.51 juta kilometer sahaja.

Berkaitan

  • Apophis Mungkin Tetap Akan Menghentam Bumi Dalam Tahun 2068 - NASA
  • Akhirnya Dilancar, Roket DART Kini Sedang Menuju Ke Asteroid
  • 5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Tetapi keesokan harinya pula, Asteroid 2022 QX4 yang juga bersaiz pesawat terbang akan berada jarak yang sangat hampir dengan Bumi iaitu hanya sejauh 1.83 juta kilometer sahaja dari Bumi.

Malah Asteroid 2022 QX4 ini adalah yang terbesar akan menghampiri Bumi berbanding 4 asteroid lain itu dalam tempoh 4 hari tersebut.

Sebanyak 5 Asteroid Akan Hampiri Bumi Dalam Tempoh 4 Hari Ini

Seterusnya Asteroid 2017 BU pula akan menghampiri Bumi pada jarak sejauh 6.05 juta kilometer iaitu pada hari yang sama selepas lintasan Asteroid 2022 QX4.

NASA mengklasifikasikan sesebuah asteroid itu berpotensi membahayakan Bumi hanya apabila saiznya lebih daripada 150 meter dan mengorbit Bumi sehampir 7.5 juta kilometer.

Sumber: JPL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY