Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Diterbitkan Januari 5, 2022 oleh Anis Maisarah

Gunung-gunung tertinggi di dunia sentiasa menjadi perhatian para pendaki gunung seluruh dunia kerana cabaran yang dinantikan ketika ekspedisi pendakian. Menarik untuk anda tahu bahawa kesemua gunung tertinggi di dunia terletak di rantau Asia.

Kalau sebut nama gunung tertinggi di dunia, kepala secara automatik menyebut Gunung Everest. Tapi sebenarnya banyak lagi gunung-gunung tinggi di dunia yang boleh kita ketahui. Jadi, jom kita lihat 5 gunung paling tinggi di dunia.

1. Gunung Everest

5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Gunung Everest merupakan gunung paling tinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 m dan terletak di sempadan Nepal dan Tibet, China.

Gunung ini tidak mudah untuk didaki namun seorang lelaki dari New Zealand dan Nepal telah berjaya menawan Gunung Everest buat pertama kali di dunia. Dua lelaki tersebut bernama Edmund Hillary dan Tenzing Norgay. Kira-kira lebih daripada 200 orang dilaporkan telah mati ketika ekspedisi pendakian dan sebahagian mayat masih belum ditemui sehingga sekarang di Gunung Everest.

2. Gunung Godwin-Austen atau K2

5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Gunung Godwin-Austen atau K2 ini terletak di sempadan negara China dan Pakistan. Ia digelar ‘Savage Mountain‘ kerana pasti ada kematian yang direkodkan pada setiap hari. Ketinggian 8,611 m amat digeruni oleh peminat sukan mendaki tetapi kerana suka akan cabaran, kebiasaannya para pendaki akan meneruskan niat mereka tanpa ragu-ragu.

Hampir semua pendaki akan mula mendaki dari bahagian negara Pakistan berbanding bahagian negara China kerana ia dikatakan lebih sukar dan berbahaya. Jadi, tidak hairanlah ia menjadi gunung kedua yang mempunyai kadar kematian tertinggi di dunia.

3. Gunung Kangchenjunga

5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

‘Kangchenjunga’ yang membawa maksud lima harta karun salji dan ia melambangkan lima benda milik dewa iaitu emas, perak, permata, bijan dan kitab suci. Lokasinya terletak di antara Nepal dan Sikkim, India. Gunung Kangchenjunga ini juga pernah dikatakan sebagai gunung tertinggi di dunia pada tahun 1852 kerana pengiraan yang salah.

Great Trigonometrical Survey of India yang bertanggungjawab mengira semula ketinggian Gunung Kangchejunga serta mengesahkan bahawa gunung tersebut merupakan gunung ke-3 paling tinggi di dunia. Selain itu, India juga telah mengiktiraf gunung ini sebagai gunung paling tinggi di negara tersebut dengan ketinggian 8,586 m.

4. Gunung Lhotse

5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Gunung Lhotse mempunyai ketinggian 8,516 m dan terletak di sempadan Nepal dan China. Ketinggian gunung ini telah meletakkan Gunung Lhotse sebagai gunung ke-4 paling tinggi di dunia.

Pendakian pertama di gunung ini telah dilakukan oleh Fritz Luchsinger dan Ernst Reiss pada 18 Mei 1956 dari Switzerland. Kalau dilihat pada gambar, Gunung Lhotse ini mempunyai suhu yang sejuk kerana diliputi dengan salji sehingga menampakkan warna putih pada gunung tersebut.

5. Gunung Makalu

5 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

Gunung Makalu terletak di sempadan antara negara Nepal dan China serta 19 kilometer di tenggara Gunung Everest. Selain itu, gunung ini juga turut terkenal kerana puncak gunung yang berbentuk piramid. Ketinggian 8,481 m menyebabkan ia menjadi gunung ke-5 tertinggi di dunia.

Pada tahun 1955, pendaki daripada Perancis iaitu Lionel Terray dan Jean Couzy telah berjaya menjadi pendaki terawal yang berjaya tiba di puncak Gunung Makalu.

Sumber : Much Better Adventures

Baca juga :

  • Malaysia Akan Perluas Sistem Amaran Banjir Diseluruh Negara Pada Tahun Ini
  • Misi DART – NASA Akan Lancarkan Roket Untuk Letupkan Asteroid Minggu Ini
  • Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY