Disamping itu, mereka turut menjanjikan naik taraf kelajuan pengguna sedia ada melalui Unifi Turbo tanpa mengenakan sebarang kos tambahan.
Baca juga - Tiada Lagi Bil Kertas Dari TM Bermula September Ini
Naik taraf tersebut dijadualkan bermula hari ini (15 Ogos 2018), tetapi berdasarkan laporan dari laman Lowyat.net, terdapat beberapa pengguna lebih awal menerima peningkatan kelajuan untuk jalur lebar yang dilanggan.
Bagi mengetahui sama ada anda sudah menikmati Unifi Turbo, anda boleh membuat ujian kelajuan menggunakan aplikasi Speed Test.
Selain itu, anda juga boleh menyemak didalam akaun dilaman sesawang TM atau, menerusi aplikasi care@unifi yang diperkenalkan pada awal bulan ini.
Paparan "Turbo Upgrade 2018" akan tertera pada akaun, menandakan jalur lebar anda sudah menerima naik taraf kelajuan yang dijanjikan.
Difahamkan juga, notifikasi akan diberikan kepada pengguna melalui SMS dan e-mel.
Unifi Turbo menjanjikan peningkatan kelajuan pelan jalur lebar sedia ada seperti berikut:
- 20Mbps dan kebawah - 100Mbps
- 30Mbps - 300Mbps
- 50Mbps - 500Mbps
- 100Mbps - 800Mbps
Seperti yang diberitahu dahulu, pengguna Streamyx yang tinggal di kawasan yang menerima sambungan Unifi, internet anda juga akan dinaiktaraf ke Unifi secara percuma.
Jika tidak, anda akan menerima peningkatan kelajuan dua kali ganda berbanding yang sedia ada atau ke kelajuan maksimum yang menyokong tempat tinggal anda.
Baca juga - Tm Mohon Lebih Tempoh Untuk Pengurangan Harga Perkhidmatan Jalur Lebar
Sumber: Lowyat.net
Berkaitan
- TM Tawarkan Unifi Basic Untuk Semua, Tidak Lagi Terhad Kepada Golongan Berpendapatan RM4500 Kebawah
- Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Sudah Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Binance Diarah Tutup Akses Di Malaysia, Jalankan Operasi Pelaburan Tidak Sah
- Samsung Malaysia Perkenal 4 Model Baharu, Harga Dari RM1299
- Samsung Selesa Ungguli Pasaran Telefon Pintar Malaysia Untuk Suku Ketiga 2019
- realme C21Y Mula Dijual Di Malaysia, Harga RM549
- SKMM Kongsikan Kaji Selidik Aktiviti Internet Pengguna Malaysia
- Unifi Mahu Bawa Lebih Banyak #khabarbaik Bagi Tahun 2019
- Pelancaran OPPO Reno3 Di Malaysia Bakal Dilangsungkan 12 Mei Ini
- TM Perkenalkan Aplikasi care@unifi, Memudahkan Anda Mengurus Akaun Unifi