Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebab Utama Kenapa Aplikasi Instagram Yang Khusus Untuk iPad Tak Wujud Lagi

Posted on Februari 28, 2022

Tablet daripada Apple, iaitu iPad sering menjadi pilihan pengguna kerana banyak aplikasi yang dioptimumkan buatnya. Baik Twitter, perisian Microsoft Office, perisian penyuntingan dan sebagainya.

Namun, aplikasi popular seperti iPad masih belum dioptimumkan lagi untuk tablet Apple tersebut. Maknanya, belum wujud aplikasi Instagram yang khusus seperti aplikasi lain.

Buat makluman, jika pengguna membuka Instagram di iPad, rupa yang dipaparkan amatlah teruk dan tidak cantik. Umpama Instagram iPhone yang ‘ditarik’ untuk saiz skrin lebih besar sahaja.

Instagram iPad. Foto – TabletNews

Bagi ada yang tertanya mengapa perkara ini terjadi, Adam Mosseri selaku Ketua Instagram tampil memberikan jawapan.

Yup, we get this one a lot. It's still just not a big enough group of people to be a priority. Hoping to get to it at some point, but right now we're very heads down on other things.

— Adam Mosseri (@mosseri) February 27, 2022

Menurutnya, pengguna Instagram di peranti iPad tidak begitu ramai dan disebabkan itu, ia belum dibangunkan lagi. Katanya, setiap pembangunan aplikasi pada sesuatu peranti akan mengambil kira kosnya juga.

Bukannya mereka tidak pandai untuk membangunkan aplikasi Instagram khusus buat iPad tetapi jumlah pengguna yang tidak banyak.

Melihat kepada jawapan yang diberi, mungkinkah ini salah satu faktor mengapa tablet Android belum banyak aplikasi yang dioptimumkan untuknya. Hal ini kerana pengguna tablet Android tidak cukup ramai.

Namun, diharapkan pembangun aplikasi perlu rajin untuk menawarkannya kerana sudah banyak jenama Android yang sudah melancarkan tablet buat pengguna. Bermula dari mampu milik sehinggalah ke premium seperti Galaxy Tab S8 Ultra.

Sumber: ubergizmo

Baca juga:

  • Ini Punca iPad Masih Tiada Kalkulator Walaupun Selepas 12 Tahun

  • Perang Rusia-Ukraine, Syarikat Pengeluar Cip Termasuk Malaysia Tidak Terkesan Buat Masa Ini

  • Nampaknya Mungkin Benar iPhone 14 Ada Paparan Berlubang Tapi Agak Unik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress