Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebab Kena Sekat, Rusia Lancar Aplikasi Klon Instagram Yang Digelar ‘Rossgram’

Sebab Kena Sekat, Rusia Lancar Aplikasi Klon Instagram Yang Digelar ‘Rossgram’

Diterbitkan Mac 18, 2022 oleh Anis Maisarah

Pada 28 Mac 2022, sebuah aplikasi yang dinamakan ‘Rossgram’ akan dilancarkan susulan daripada pengharaman platform media sosial Instagram di Rusia. Aplikasi tersebut telah dicipta oleh seorang usahawan teknologi Rusia untuk menggantikan aplikasi Instagram yang telah disekat kerajaan Rusia.

Penyekatan platform media sosial itu telah menyebabkan rakyat Rusia kecewa dengan tindakan kerajaan kerana dianggap menghentikan sumber pendapatan sesetengah pencipta kandungan dan menyekat penggunaan media sosial tersebut. Sekatan aplikasi Instagram oleh kerajaan Rusia berpunca daripada kenyataan Meta Inc. yang membenarkan pengguna Facebook dan Instagram di Ukraine menyeru keganasan yang dilakukan oleh tentera Rusia.

Rossgram merupakan platform media sosial yang mempunyai fungsi sama seperti Instagram iaitu pengguna boleh memuat naik gambar ke laman utama aplikasi itu. Selain itu, Rossgram juga mempunyai akaun Telegram rasmi dengan 59,000 pengikut.

Sebab Kena Sekat, Rusia Lancar Aplikasi Klon Instagram Yang Digelar ‘Rossgram’

Oleh yang demikian, nampaknya Rusia sentiasa mencari jalan penyelesaian biarpun banyak sekatan yang dilakukan terhadap mereka.

Sumber : Gizmodo

Baca Juga :

  • Senang Kawal Anak-Anak, Instagram Tawar Ciri Khusus Untuk Ibu Bapa
  • Menuju “Metaverse”, Zuckerberg Akan Bawa NFT Ke Instagram
  • Lebih Mudah Buat ‘Live’, Instagram Kini Tambah Fungsi Moderator

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY