Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ikon instagram

Senang Kawal Anak-Anak, Instagram Tawar Ciri Khusus Untuk Ibu Bapa

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Anis Maisarah

Pada 16 Mac 2022, Instagram telah mengumumkan bahawa ciri Parental Supervision boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memantau penggunaan remaja 13 tahun ke bawah di Instagram pada bulan Mei 2022. Ciri ini telah dibangunkan melalui kerjasama dengan Connect Safely dan Net Family News.

Setakat ini, Instagram hanya membenarkan ciri tersebut digunakan oleh ibu bapa di Amerika Syarikat sahaja.Walau bagaimanapun, ibu bapa di Malaysia tidak perlu risau, Instagram juga bakal melancarkan ciri ini kepada pengguna seluruh dunia dalam beberapa bulan yang akan datang.

Pembangunan ciri ini juga bertujuan untuk menyekat kanak-kanak daripada mempunyai akses ke dunia realiti maya (VR). Tetapi, anak-anak perlu bersetuju untuk dikawal oleh ibu bapa untuk menggunakan ciri ini.

Senang Kawal Anak-Anak, Instagram Tawar Ciri Khusus Untuk Ibu Bapa

Banyak manfaat daripada ciri ini yang dapat membantu ibu bapa, antaranya ialah ibu bapa dapat melihat semua aktiviti anak-anak mereka di Instagram dan menentukan tempoh penggunaan Instagram anak-anak sesuai dengan jadual yang ditetapkan oleh ibu bapa.

Meta juga menyatakan hasrat untuk memberi dua pilihan kepada ibu bapa bagi pemantauan anak-anak di Instagram mereka dengan aplikasi Oculus.

Sumber : Instagram

Baca juga :

  • Inilah Foto Pertama Yang Dimuat Naik Ke Dalam Instagram 11 Tahun Dahulu
  • Cara Menukar Alamat E-Mail pada Akaun Instagram
  • Instagram Uji Fungsi “Take A Break” Tapi Tanpa KitKat

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY