Lebih Mudah Buat 'Live', Instagram Kini Tambah Fungsi Moderator

Pencipta atau Creator di Instagram kini boleh menetapkan moderator untuk siaran langsung atau live di Instagram. Ciri tersebut sebenarnya telah diuji sejak tahun 2021 tetapi ia baru sahaja boleh digunakan secara rasmi oleh semua pengguna Instagram seluruh dunia pada tahun ini.

Hanya klik pada ' ... ' yang terdapat pada ruangan komen ketika siaran langsung dan anda terus boleh pilih moderator yang anda inginkan sama ada moderator tersebut merupakan pengikut anda atau bukan. Jadi, selepas ini para pencipta tidak akan mempunyai masalah lagi untuk membuat siaran langsung tanpa ciri atau bantuan daripada moderator.

Hal ini dikatakan demikian kerana, moderator dalam instagram live ini dapat membantu dengan melaporkan komen yang tidak berasas dan juga remove atau buang penonton daripada siaran langsung tersebut sekiranya mereka menunjukkan perlakuan yang tidak baik ketika siaran langsung sedang dijalankan. Di samping itu, moderator juga dapat mematikan fungsi komen untuk penonton ketika instagram live berlangsung.

https://twitter.com/instagram/status/1502363456212660225?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1502363456212660225%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2022%2F3%2F13%2F22974597%2Finstagram-finally-letting-livestreamers-add-moderators-live

Instagram juga sedang giat menarik lebih ramai creator untuk menggunakan instagram sebagai platform penstriman yang mampu menjana wang kepada para pencipta. Oleh sebab itu, mereka sentiasa menaik taraf ciri yang terdapat pada instagram.

Sumber : The VergeĀ 

Baca juga :