Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKMM Kerjasama Dengan PDRM Tangani Penipuan Melalui Panggilan Telefon, SMS

Scammer Semakin Licik, PDRM Dedahkan Taktik Paling Berkesan Scammer Kenakan Mangsanya

Diterbitkan April 1, 2022 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sepanjang tahun 2021 lalu, sejumlah 778 kes penipuan yang menggunakan teknik penyamaran telah berjaya mengenakan mangsanya.

Dengan menggunakan teknik penyamaran, scammer telah berjaya mencuri duit mangsa mereka berjumlah RM4,802,001.06 sepanjang tempoh tersebut.

Ini sekaligus menjadikan teknik penyamaran sebagai rakan dan kenalan di media sosial yang digunakan penjenayah ini sebagai teknik penipuan yang paling berjaya untuk menipu mangsa mereka.

PDRM menyatakan, teknik penyamaran yang digunakan scammer itu melibatkan pelbagai platfom media sosial termasuklah WhatsApp, Telegram, Facebook dan lain-lain.

Dengan menyamar sebagai rakan dan kenalan di media sosial mangsanya, scammer akan menghubungi mangsa bagi tujuan meminjam wang.

Dalam perkembangan aktiviti scammer bagi tahun ini pula dari Januari hingga Mac 2022 sahaja, PDRM telah merekodkan sejumlah 314 kes penipuan yang menggunakan teknik penyamaran ini yang telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM2,307,438.47.

Platfom paling berkesan yang dijadikan lubuk oleh scammer untuk mencari mangsanya pula kali ini adalah Telegram.

PDRM memaklumkan mereka telah mengesan sindiket penyamaran yang menggodam akaun Telegram seterusnya menghubungi senarai rakan mangsa mereka yang diperolehi dari akaun Telegram yang digodam itu.

Mangsa pula hanya sedar akaun Telegram mereka digodam selepas gagal mengakses atau menerima panggilan dari kenalan yang bertanyakan kesahihan pinjaman yang ingin dibuat itu.

Ekoran itu, PDRM menasihatkan pemilik akaun Telegram supaya mengaktifkan tetapan pin bagi ciri pengesahan 2 faktor di akaun Telegram mereka.

Selain itu, PDRM juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan mesej pinjaman wang yang diterima dari kenalan mereka terutamanya apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain.

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • Hati-Hati Dengan Taktik Terbaharu Scammer LHDN Ini
  • Lagi Sindiket Macau Scam, Ahli Perniagaan Rugi Sebanyak RM140,679
  • JPN Dedahkan Taktik Penipuan Terkini Servis Kad Pengenalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY