Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
measat PARABOLA

Satelit MEASAT-3d Sudah Ditapak Pelancaran, Sedia Untuk Dilancarkan Awal Pagi Esok

Diterbitkan Jun 22, 2022 · Dikemas kini Jun 22, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memaklumkan bahawa Satelit MEASAT-3d akan dilancarkan dari Kourou, French Guiana pada 23 Jun 2022 (Khamis), pukul 5.03 pagi waktu tempatan (6.03 petang waktu French Guiana).

Satelit baharu Malaysia itu akan menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam konteks penawaran liputan meluas dan pengalaman jalur lebar lebih baik kepada seluruh Keluarga Malaysia.

measat 3d
Measat-3d sudah sedia ditapak pelancarannya. Kredit: Measat

Satelit yang dianggarkan berharga RM1.2 bilion dengan jangka hayat sehingga 18 tahun itu akan menyertai MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5°E yang menyediakan peningkatan dan lebihan kapasiti untuk perkhidmatan DTH Astro, serta perkhidmatan penyiaran, telekomunikasi dan Internet jalur lebar.

MEASAT-3d menggunakan model satelit ‘Eurostar E3000 geostationary satellite‘ yang dibina oleh Airbus Defence and Space.

Satelit MEASAT-3d dijangka akan menambah baik internet berkelajuan tinggi daripada kelajuan muat turun 30Mbps ketika ini kepada 100 Mbps.

K-KOMM memaklumkan, pelancaran Satelit MEASAT-3d boleh ditonton menerusi Facebook Live Berita RTM.

Sumber: kkmm.gov.my

Baca juga:

  • MEASAT Bakal Lancarkan Satelit Baru, Akan Tingkatkan Kelajuan Internet Sehingga 100Mbps Di Kawasan Luar Bandar
  • Penyedia Perkhidmatan Internet Akan Berdepan Tindakan Dari MCMC
  • Disangka Guna DSLR, Telefon Ini Buat Ramai Tidak Percaya Hasil Gambarnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY