Disangka Guna DSLR, Telefon Ini Buat Ramai Tidak Percaya Hasil Gambarnya

Bila bandingkan kamera DSLR dengan telefon, mestilah ramai yang macam tak percaya bahkan pengguna kamera pun akan sanggah. Bagi mereka, kameralah peranti terbaik, mana boleh peranti lain tandingi DSLR. Zaman dah berubah, teknologi pantas bergerak.

Jenama vivo memang tak asinglah dalam kalangan rakyat Malaysia. Yang pernah guna mesti dah tahu prestasi kameranya macam mana. Kalau nak betul-betul padu, telefon vivo dari siri X jadi jawapan.

Yang terbaru, siri X80 di mana dua model vivo X80 dan X80 Pro dah mula dijual di Malaysia bermula bulan lepas. 

Kedua-dua telefon ada 4 kamera di belakang dan 1 di hadapan:

  • 50MP (ISOCELL GNV), 1/1.3", f/1.57

  • 48MP (IMX598) sudut lebar,  1/2.0", f/2.2

  • 12MP (IMX663) 2x zum, 1/2", f/1.8

  • 8MP 5x zum, f/3.4

  • 32MP swafoto


Kalau nak tahu, Ghaz Abu Bakar, pengarah muda tempatan ada hasilkan filem pendek guna vivo X80. Bukan calang-calang!



Tapi, apa punca kehebatan ini dan betulkah siri X80 ini handal sangat bab gambar dan video?

Cip buatan sendiri khas untuk kamera


Bayangkan, ada satu cip khas dalam peranti yang tugasnya memproses gambar dan video. Anda rasa,  dengan pembahagian tugas macam ni, lebih baik atau tidak untuk peranti dan hasil gambar, video yang berkualiti?



Jawapannya mestilah ya. Cip vivo V1+ dalam siri X80 ini dicipta khas untuk memproses gambar dan video dari kamera. Logiklah hasilnya luar biasa dan lain macam daripada peranti yang tidak ada cip khas sama ada dari segi penghasilan warna, potret dan butiran.



Walaupun ia cip pemproses imej, tapi cip vivo V1+ juga sebenarnya berfungsi untuk mempertingkat prestasi telefon semasa gaming.

ZEISS dan video bokeh bersinematik


Kalau anda peminat mobilegraphy dan pengikut rapat dunia gadget, nama ZEISS pada lensa kamera mesti buat anda teruja sebab kemampuan kamera telefon memang terbukti lain macam.

Kelebihan 50MP ZEISS pada siri vivo X80? Senang kata, warna foto pada skrin saling tak tumpah macam sebenar di dunia nyata. Warnanya begitu semula jadi, tidak oversaturated apatah lagi pudar.



Selain itu, ZEISS pada telefon ini buatkan gambar dan video dirakam nampak profesional seolah-olah bukan daripada telefon.

Bokeh dalam gambar? Siri vivo X80 ini boleh buat lebih daripada itu. Bokeh dalam video sememangnya salah satu ciri istimewa dalamnya dengan ciri ZEISS Cinematic Style Bokeh yang sekali lagi buat orang sukar percaya video dirakam hanya dari telefon.

Kalau anda cuba ZEISS Cinematic Bokeh padanya, susah nak patah balik ke mod video biasa. Dengan warna dan kesan bokeh ditampilkan yang lain benar daripada mod biasa, tak pelik sampai ada pengarah tempatan guna X80 buat filem pendek.



Salutan T* Coating ZEISS pula memastikan tiada kesan silau, ghosting dan flare (suar) pada gambar. Teknologi ini dahulu tersedia pada lensa DSLR sahaja namun kita tahu, zaman dah berubah.

Gambar malam yang macam siang


Kalau guna telefon biasa, standardlah kan kena hidupkan night mode atau mod malam dalam keadaan pencahayaan rendah, barulah nampak objek yang nak diambil gambar tu.

Tapi dengan siri vivo X80, pakai mod biasa pun dah terang sebiji macam mod malam telefon biasa. Bukan itu sahaja, malah gambar yang betul-betul gelap pun, bila dah ditangkap, nampak macam ada pencahayaan sekeliling tu.

Rasa macam mustahil, tapi bila cuba banyak kali pun di kawasan berbeza, memang hasilnya sama. 







Selalunya, gambar malam yang ada lampu mesti nampakkan silau, bukan? Tapi, disebabkan siri vivo X80 ini ada salutan T* pada kamera, tidak ada isu silau dalam gambar.

Potret yang padu


Dah 2022 ni, ciri potret wajiblah ada pada semua telefon kan? Isunya, cantik ke? Setakat mana power potret pada telefon tu? Boleh ke potret dia kesan objek dan potong dengan cun? 

Ini semua bukan masalah pada siri vivo X80. Setakat potret dalam mod zum 1x tu celah gigi saja. Potret dalam mod zum 2x? Zum 5x? Tak ada beza. Semua nampak macam diambil dalam mod zum biasa. Dapat kesan subjek dengan mudah, pengasingan dengan latar pun tajam.

Kalaulah anda bagitahu gambar diambil tu daripada DSLR mesti kawan-kawan lain angguk tanpa bantahan.

“Sebenarnya pakai telefon je. vivo X80,” tipulah kalau mereka tak ternganga mulut dapat tahu hasil gambar sebaik itu hanya daripada siri vivo X80.

Anda boleh tengok hasil di bawah di mana diambil potret dari mod zum 2x.




Penstabilan ultra


Apa yang dimaksudkan dengan 360° Horizon Leveling? Sebenarnya ciri inilah yang memastikan walaupun anda rakam video dalam keadaan tidak stabi, huru-hara seperti berjalan pun, hasil video nampak cun saja seolah-olah tiada pergerakan besar. 

Dalam video di bawah, ia dirakam mengguna mod Ultra Stabilisation dalam format 1080p 60Hz. Anda sendiri dapat lihat bagaimana penstabilannya berfungsi.



Tambahan lagi, kalau anda pusing telefon 360° secara horizontal pun, masih video nampak macam rakam seperti biasa sedangkan dah terpusing-pusing telefon masa rakam.

Inilah salah satu sebab ia sesuai digunakan untuk bikin filem pendek.

Prestasi, pengecasan macam mana?


Asyik cakap pasal kamera saja, yang lain tak power? Tipulah kalau tak cukup power kalau X80 Pro pakai cip paling terbaru dan berkuasa iaitu Snapdragon 8 Gen 1. vivo X80 pula dikuasakan MediaTek Dimensity 9000. Jadi, hal selain kamera pun tak syak lagilah setanding kemampuan kameranya.



Kalau anda risau pasal pengecasan yang lambat, pun tak payah khuatir. Vivo X80 Pro sokong dan hadir dengan pengecas pantas setinggi 80W dengan FlashCharge. Tak cukup dengan itu, pengecasan tanpa wayar pun dia sokong, kelajuan 50W pula tu. Jadi, pengecasan ambil masa yang singkat.

Kedua-dua vivo X80 dan vivo X80 Pro sudah boleh didapati di stor vivo seluruh Malaysia dan melalui dalam talian di laman web vivo, Shopee serta Lazada.

vivo X80 didagangkan pada harga RM3,499 manakala vivo X80 Pro pula RM4,999.
Beli di:

Shopee - https://invle.co/clbbt9m
Lazada - https://invol.co/clbbtds

**Advertorial ini dibawakan oleh vivo Malaysia

Berkaitan