MEASAT-3d yang merupakan satelit ke-10 negara itu dijangka akan membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang terhad atau tiada sambungan darat sama ada untuk tujuan pendidikan, perdagangan serta perhubungan, malah untuk penggunaan baharu seperti teleperubatan.
MEASAT-3d dijangka akan menambah baik perkhidmatan internet berkelajuan tinggi daripada kelajuan muat turun 30Mbps ketika ini kepada 100 Mbps.
Malah satelit terbaru negara ini juga akan menyokong aspirasi kerajaan untuk memberikan capaian internet di lokasi-lokasi yang tiada liputan rangkaian 4G, 5g atau kabel optik.
Detik bersejarah pelancaran ini turut disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dari Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Pelancaran satelit tersebut dilancarkan dengan menggunakan roket Ariane 5 ECA. Berat satelit itu pula adalah seberat 5.7 tan setinggi 4.3m x 3.4m lebar.
MEASAT-3d menggunakan model satelit 'Eurostar E3000 geostationary satellite' yang dibina oleh Airbus Defence and Space yang dianggarkan menelan belanja RM1.2 bilion untuk kos pembangunannya dengan tempoh perkhidmatan sehingga 18 tahun.
Satelit MEASAT-3d dijangka akan menyertai satelit MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5°E dalam tempoh beberapa hari lagi dan akan diuji terlebih dahulu lebih kurang dalam tempoh sebulan ini sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Sumber: measat.com, Measat Global Berhad, KKMM
Baca juga:
- MEASAT Bakal Lancarkan Satelit Baru, Akan Tingkatkan Kelajuan Internet Sehingga 100Mbps Di Kawasan Luar Bandar
- Penyedia Perkhidmatan Internet Akan Berdepan Tindakan Dari MCMC
- Disangka Guna DSLR, Telefon Ini Buat Ramai Tidak Percaya Hasil Gambarnya
Berkaitan
- Tonton Dokumentari Terbitan MEASAT, ‘It Started With A “Beep”’ Malam Ini
- Hanya Tinggal 20 Daerah Sahaja Lagi Yang Masih Alami Isu Rangkaian Celcom Berpunca Daripada Satelit Measat
- MEASAT Dilaporkan Mungkin Akan Membuat Tuntutan Insurans Satelit MEASAT-3
- Maxis Gembira Dengan Pelancaran MEASAT-3d, Pelanggan Bakal Nikmati Pengalaman Rangkaian Yang Lebih Baik
- MEASAT Diiktiraf Sebagai Operator Satcom Serantau Terbaik 2023
- Ujian MEASAT-3d Berjaya, Kini Sudah Beroperasi Lebih Awal Dari Jadual
- Satelit MEASAT-3d Dengan Sistem Darat JUPITER Luaskan Rangkaian Dan Tingkatkan Kelajuan Internet Di Malaysia Kepada 100Mbps
- MEASAT Menyediakan Perkhidmatan Internet Di 3 Pusat Vaksinasi COVID-19 Di Sabah
- Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro
- MEASAT Bakal Lancarkan Satelit Baru, Akan Tingkatkan Kelajuan Internet Sehingga 100Mbps Di Kawasan Luar Bandar