Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sarawak Guna Kaedah Digital Untuk Sambutan Acara Peringkat Negeri

Sarawak Guna Kaedah Digital Untuk Sambutan Acara Peringkat Negeri

Diterbitkan Jun 4, 2020 oleh Amalina Athman

Selari dengan saranan Kementerian Kesihatan dalam mengawal penularan pandemik Covid-19, Sarawak akan menggunakan kaedah virtual dan digital bagi penganjuran acara utama di peringkat negeri.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Talip Zulpilip berkata, rancangan khas ‘Dirgahayu Tuanku’ pada 8 Jun akan menjadi acara pertama menggunakan kaedah berkenaan. Rancangan tersebut bersempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat negeri.

Sarawak Guna Kaedah Digital Untuk Sambutan Acara Peringkat Negeri

Tambahnya, sambutan kali ini berbeza dan unik kerana buat julung kalinya keseluruhan program diadakan secara digital. Namun, kesemua segmen tersebut adalah rakaman awal yang disunting dan diolah secara digital.

Acara sambutan itu akan dibahagikan kepada enam segmen. Antaranya termasuk persembahan tarian tradisional Nopeng Sarawak, tayangan video khas berjudul Monarki, persembahan lukisan Wajah Kesayangan Hamba, coretan Surat untuk Tuanku dan lagu khas Tuanku Teristimewa.

Rancangan khas sempena sambutan itu akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 10.00 malam, 8 Jun ini.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY