Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-08 at 11.00.17 AM

Samsung Umum One UI, Antaramuka Yang Lebih Kemas

Diterbitkan November 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Beberapa tahun kebelakangan ini kita sudah melihat Samsung cuba meningkatkan lagi prestasi penggunaan antaramuka pada peranti mereka.

Dari TouchWiz bertukar kepada Samsung Experience dan yang terbaru, One UI pula diumumkan. Ia diperkenalkan pada acara  Samsung Developer Conference 2018 selain berkongsi sedikit maklumat tentang peranti boleh lipat mereka.

Antaramuka ini dibangunkan dengan fokus memaparkan kandungan yang relevan diseparuh bahagian bawah skrin. Ini bermaksud segala ciri seperti menu aplikasi dan pop up akan muncul dari bawah.

Samsung Umum One UI, Antaramuka Yang Lebih Kemas

Menurut Samsung, ia memberikan pengalaman lebih natural kepada pengguna selain mudah digunakan satu tangan. Ia turut didatangkan dengan Dark Mode yang baru. Dalam kata lain, selesa digunakan pada peranti dengan paparan yang besar.

Ia turut direka supaya dapat dijalankan pada peranti boleh lipat yang menggunakan skrin Infinity Flex Display.

Syarikat tersebut mengumumkan penawaran One UI pada Galaxy Note dan S9 bermula Januari depan.

Ujian beta terbuka untuk One UI hanya ditawarkan pada beberapa negara terpilih sahaja.

Sumber: Engadget

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY