Kebanyakan jenama pada masa sekarang sudah mula memfokuskan ekosistem masing-masing. Namun, secara keseluruhannya, pengguna lebih cenderung memilih Apple kerana ia lebih efisien jika nak dibandingkan dengan yang lain.
Jika seorang pengguna yang mempunyai banyak produk Apple, mereka boleh menggunakan semua produk tersebut dengan begitu sahaja. Baik dari AirPods, iPhone, iPad atau pun Apple Watch.
Tidak mahu berdiam diri, Google akhirnya mengumumkan bahawa mereka tahun ini pun mahu menawarkan sebuah ekosistem yang boleh digunakan dengan baik, mirip Apple. Ini adalah termasuk AirDrop, Spatial Audio, Fast Pairing dan banyak lagi.
Oleh itu, berikut penawaran dalam ekosistem Google.
Nyahkunci Chromebook menggunakan WearOS
Bagi anda yang menggunakan Apple Watch, pasti anda sudah biasa nyahkunci peranti iPhone dengan Apple Watch ketika memakai pelitup muka. Akan tetapi, sebenarnya Apple Watch juga boleh buat perkara yang sama untuk MacBook.
Jadi, Google mengatakan dalam beberapa bulan akan datang, jam tangan pintar yang menjalankan WearOS boleh nyahkunci Chromebook, telefon Android dan juga tablet.
‘Automatic switching’ fon kepala antara peranti
Salah satu fungsi menarik bagi pengguna AirPods, ia membenarkan pengguna untuk beralih pada mana-mana peranti Apple dengan mudah.
Oleh yang demikian, Google sedang membangunkan satu teknologi Bluetooth-enabled untuk fon kepala yang mana membolehkan pengguna untuk bertukar-tukar audio peranti dengan mudah ketika menggunakannya.
Sebagai contoh, jika pengguna sedang menikmati tontonan filem di Netflix dan pada masa sama ada panggilan dari telefon, pengguna boleh terus menjawab panggilan dan bercakap menerusi fon kepala/telinga. Fungsi ini juga dikatakan akan ditawarkan dalam masa terdekat.
Fast Pair
Fast Pair bukanlah baharu. Banyak peranti yang sudah menggunapakai teknologi ini. Namun, Google mahu memperluaskan lagi ciri tersebut.
Ia mirip dengan automatic switching tadi tetapi Google mahu membenarkan lebih banyak peranti yang menyokongnya seperti komputer Windows, Google TV, Android TV dan peranti rumah pintar.
Nearby Share
Fungsi ini pun sudah lama ada di Android tetapi dahulunya ia terhad antara telefon sahaja. Kini, Google mendedahkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Intel, Acer dan HP dalam mempertingkatkan sambungan dengan Android.
Seperti mana pengguna Apple menggunakan fungsi AirDrop, begitu jugalah Nearby Share ini nanti. Selepas ini, pengguna Android pun ada AirDrop sendiri yang mana membolehkan pemindahan gambar, video mahupun fail dengan mudah di antara telefon dan komputer.
Kesimpulannya di sini, pengguna tidak perlu bergaduh. Biasalah, kadangkala Apple meniru fungsi Android. Ada masanya juga Android meniru Apple. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Apa yang pentingnya, kita sendiri yang beruntung kerana semakin hari peranti yang kita gunakan ini menjadi lebih baik.
Foto utama: techjourneyman
Baca juga:
-
LG Mula Masuk Arena Laptop Gaming, UltraGear 17G90Q Jadi Model Pertama
-
Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad