Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sedang Hasilkan Telefon Pintar Dengan Cip Grafik Tersendiri?

Samsung Sedang Hasilkan Telefon Pintar Dengan Cip Grafik Tersendiri?

Diterbitkan Oktober 23, 2018 · Dikemas kini Oktober 23, 2018 oleh Wiser MY

Telefon pintar gaming bukanlah sesuatu yang baharu tetapi perkembangan ketika ini menunjukkan pasaran tersebut kemungkinan besar akan dibanjiri dengan lebih banyak lagi peranti yang berspesifikasi ke arah mobile gaming.

Razer mengorak langkah pertama degan Razer Phone yang kini sudah hadir dengan Razer Phone 2, ROG Phone, Nubia Gaming Phone dan Xiaomi Black Shark. Setiap peranti ini menawarkan spesifikasi khusus yang berlainan antara satu sama lain tetapi apa yang tidak dibuat mereka adalah menghasilkan cip grafik tersendiri dan lebih mengharapkan solusi dari pembuat cip pemprosesan untuk memasukkan teknologi pemprosesan grafik di dalam satu cip.

Sebagai contoh, Qualcomm Snapdragon menggunakan cip Adreno di dalam cip tersebut untuk kerja-kerja pemprosesan grafik manakala Kirin dan Exynos menggunakan cip Mali untuk tujuan tersebut.

Samsung Sedang Hasilkan Telefon Pintar Dengan Cip Grafik Tersendiri?

Samsung Sedang Hasilkan Telefon Pintar Dengan Cip Grafik Tersendiri?

Samsung dikatakan sedang membangunkan telefon pintar gaming seperti yang dilakukan oleh pesaing-pesaing mereka ketika ini. Apa yang menarik dengan kemampuan teknologi dan kewangan Samsung, mereka mengawal sepenuhnya penghasilan cip pemprosesan mereka (Exynos) dan mereka juga telah mula membangunkan teknologi pemprosesan grafik mereka tersendiri.

Bermula dari Weibo, Ice Universe mendedahkan Samsung sedang menghasilkan telefon pintar berorientasikan gaming dan kemungkinan Samsung GPU, SGPU tidak patut diketepikan. Persoalan yang lebih penting ialah; adakah SGPU milik Samsung sudah bersedia untuk memenuhi kehendak pasaran terkini?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY