Lenovo Legion Go Rasmi - ROG Ally Yang Bertubuh Nintendo Switch

Lenovo Legion Go akhirnya rasmi dalam acara IFA 2023 bersama dengan Legion Glasses dan Legion E510 7.1 RGB Gaming In-Ear Headphones.

https://www.youtube.com/watch?v=BLD-dg1C_XU

Lenovo Legion Go akan menjadi peranti terbaru dalam industri konsol mudah alih yang akan bersaing dengan ROG Ally, Steam Deck dan lain-lain.

Spesifikasi Lenovo Legion Go




Lenovo Legion Go dikuasakan cip AMD Ryzen Z1 Extreme dengan kuasa grafik AMD RDNA Graphics, memori RAM LPDDR5X 16GB berkelajuan 7,500MHz dan pilihan storan M.2 NVMe SSD PCIe Gen4 256GB, 512GB dan 1TB.



Selain itu, ia dilengkapi skrin 8.8" beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksimum 500 nits. Legion Go juga memiliki pad sesentuh dan alat kawalan boleh dicabut yang memiliki bateri 900mAh.

Di samping itu, konsol mudah alih ini disokong bateri 2 sel 49.2WHr dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Antara ciri menariknya adalah bicu audio 3.5mm, slot kad mikroSD dan menggunakan perisian Legion Space dan percuma 3 bulan langganan Xbox Game Pass Ultimate.

Legion Glass / Legion E510




Legion Glass adalah sebuah cermin mata elektronik dengan paparan mikro OLED, mempunyai pembesar suara terbina dan port sambungan Type-C.



Sementara itu, fon telinga Legion E510 juga mempunyai sambungan Type-C, kabel sepanjang 150cm dan juga mikrofon omnidirectional.

Harga & Ketersediaan


Lenovo Legion Go dijual pada tanda harga €799 (~RM4,099.00) dan dijangka tersedia untuk dibeli pada November nanti. Lenovo Legion Glasses pula mungkin tersedia pada Oktober 2023 pada harga permulaan sekitar RM2,599 dan RM259 untuk Legion E510.

Beli Peranti Lenovo di Shopee: https://invl.io/cljpte2

Beli Peranti Lenovo di Lazada: https://invol.co/cljptes

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar Lenovo